Oleh Johan Ishak
www.kopihangtuah.blogspot.com
Salam Penonton TV/Internet/Astro yang saya hormati,
Saya CEO TV Media Prima. Jika ada masalah, silalah message saya. Ni nak sampaikan message di bawah:
1. Boleh tengok content TV3, TV9, ntv7 dan 8TV (drama, news, MHI, AJL, Muzik2, Nona, 999, Majalah 3, dan banyak lagi) for free on tonton.com.my sekarang berulang2 tak payah bayar dah since 1 Sep 2018. Tak payah log in dah sekarang. Terus masuk dan tonton. Kat YouTube TV3, TV9, ntv7, 8TV, BuletinTV3, etc, pun boleh. Kalau web slow, download phone app tonton.
2. Laman lanun seperti Online9, LongTV, Kepala Bergetar dan banyak lagi tak mintak permission. So ianya cetak rompaklah sebab bila drama keluar laman diorang, Media Prima tak dapat wang iklan. Kalau korang tonton kat tonton.com.my ataupun YouTube TV3, etc, Media Prima dapat wang iklan. Nampak tak macamana hal ni jadi cetak rompak? Kami di Media Prima sedia berbincang dengan laman2 lanun tersebut jika mahu halalkan acara dan dengan perkongsian wang iklan yang setimpal.
3. Di luar negara, contohnya Singapura atau Australia, minta maaf memang content Media Prima haknya mengikut negara. Maka, kenalah suruh TV atau telco kat negara korang beli content dari Media Prima ye.
4. Iklan adalah satu-satunya sumber pendapatan untuk TV Media Prima. Kami bukan macam sesetengah platform dimana anda kena bayar bulanan. Kami free. Kalau tak de duit iklan, macamana saya nak bayar gaji staff, engineering transmission, bayar production house buat drama, bayar artist/host/newscaster/AllyIskandarMiraFilzahFizaSabjahan/Berbagailah, bayar buat Anugerah Juara Lagu, bayar...., bayar macam macam lagi? Cubalah bertimbang rasa. Kalau tuan/puan kerja sebulan then majikan tak bayar gaji bulan tu, suka ke? Kami memerlukan duit iklan untuk membayar gaji dan kos kos berkenaan. Kalau kami tak boleh bayar, macamana nak sambung buat drama baru lagi?
Pikirkanlah sejenak kesahihan komen saya. Apa yang benar di sisi undang-undang dan agama. Salam
0 comments:
Post a Comment