KELAHIRAN
Johan Ishak
2013
60cm x 90cm
Cat minyak atas kanvas
KELAHIRAN menggambarkan Merdeka di dalam konteks yang lebih pragmatik. Tiada maknanya Merdeka jikalau secara zatnya masih hamba di bumi sendiri. Oleh itu, biarlah perlakuan kita wajar dalam makna Merdeka. Setakat hendak melaung di sana-sini, dan penat menjerit; buat apa? Usaha gigih sampai memegang hak itu penting. Ilmu, ekonomi dan keharmonian kepelbagaian itu mustahak. Dengan sebab inilah, secara logiknya bintang itu di belakang bulan kerana bintang yang di hadapan bulan itu, bukannya bintang, tetapi bayangan bintang (contohnya satelit). Jalur merah bukannya secara realiti kemas, tetapi 'chaotic' kerana lambang keberanian itu umpama mengalirnya darah. Dengan itu, lukisan cat ini memenifestasikan darah yang mengalir. Biru perpaduan tidaklah sesenang 'rectangular', tetapi umpama hujan yang turun, ada kala renyai, ada kala lebat. Begitu juga dengan hubungan antara masyarakat majmuk. Seni aku ini praktikal. Mungkin ramai yang tidak setuju. Tidak mengapa. Terpulanglah dengan firasat masing-masing. Terserahlah. Apa-apa hal, Selamat Merdeka kepada rakyat Malaysia, dan 'You Will Never Walk Alone'
0 comments:
Post a Comment