14 March 2016

Tanggungjawab Bank Negara Malaysia



www.kopihangtuah.blogspot.com




MACAM-MACAM khabar angin yang berdesus sana sini mengenai Bank Negara Malaysia (BNM) ataupun Gebenornya, Tan Sri Zeti. Ada yang negatif dan ada yang positif. Ada yang tak masuk akal dan ada yang masuk akal. Walau bagaimana pun, sebelum membuat apa apa konklusi, perlulah seseorang itu memahami sepenuhnya apa peranan BNM agar tidak mewujudkan konklusi yang salah lagi mengarut sehingga terjadinya fitnah. Saya bernasib baik kerana mempunyai seorang kawan yang lebih mengetahui secara menyeluruh apa peranan BNM. Saudara Saiful Bahari Baharom menerangkan perkara ini seperti berikut:

*****

Tugas utama BNM adalah untuk melaksanakan dasar monetari (monetary policy) negara. Apakah dasar monetari ini?

"Definition: Monetary policy is the macroeconomic policy laid down by the central bank. It involves management of money supply and interest rate and is the demand side economic policy used by the government of a country to achieve macroeconomic objectives like inflation, consumption, growth and liquidity."

Ini bermakna: tanggungjawab utama BNM adalah untuk menentukan jumlah wang (kecairan atau liquidity) di dalam sistem perbankan negara dan seterusnya, jumlah atau aliran wang di dalam ekonomi negara. Ini dibuat dengan dua cara:-

1. Menentukan kadar faedah Ringgit yang semua bank gunakan untuk menentukan kadar faedah yang dikenakan kepada para pelanggannya;

2.  Menentukan jumlah wang milik bank yang perlu disimpan dengan BNM (statutory reserve requirement atau SRR). Jumlah wang setiap bank perlu mendeposit di BNM adalah lebih kurang jumlah wang yang boleh dipinjamkan kepada pelanggannya.

Maka, jika terlebih wang di dalam sistem kewangan negara, inflasi akan naik, wujudnya "asset bubble", di mana harga hartanah akan meningkat terlalu tinggi dan perbelanjaan membazir akan meningkat. Jikalau terlalu sedikit wang di dalam sistem kewangan, para perniaga akan kurang melabur, orang ramai akan kurang berbelanja dan jualan rumah dan kereta akan menguncup.

Tugas utama BNM adalah untuk mencapai keseimbangan di antara kedua-dua kedudukan ini - tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Jika ada kegawatan di dalam ekonomi dunia, BNM akan meningkatkan jumlah wang di dalam sistem perbankan/kewangan dan jikalau ekonomi dunia terlalu rancak, Bank negara akan mengurangkan jumlah wang tersebut.

Bidang tanggunjawab BNM juga merangkumi pengawalseliaan pembangunan sektor perbankan dan sektor insurans. Pendek kata, tanggungjawab sesebuah bank pusat adalah untuk mengawal "demand-side of the economy", iaitu mengawal bahagian permintaan di dalam ekonomi negara.

Bahagian pembekalan (supply-side of the economy) pula adalah di bawah kuasa Kementerian Kewangan. Di dalam menjalankan tugas ini, dasar ekonomi dan pencukaian serta perbelanjaan negara adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Saya percaya semua orang faham tugas Kementerian Kewangan. Segala dasar ekonomi dan segala keputusan untuk perbelanjaan negara adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Seperti BNM, Kementerian Kewangan akan menbanyakkan projek-projek atau pembayaran kepada umum sebagai cara untuk mengalakkan perbelanjaan jika ekonomi dunia menghadapi kegawatan dan sebaliknya. 

Terdapat sejarah pertelagahan di antara Kementerian Kewangan di bawah kuasa pihak eksekutif dan bank pusat di beberapa negara luar. Tetapi di Malaysia, hanya sekali sahaja di dalam ingatan saya di mana BNM tidak bersetuju dengan pihak Eksekutif - semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri di mana Gabenor BNM pada masa itu, Tan Sri Aziz Taha, ditamatkan perkhidmatannya kerana beliau tidak bersetuju rizab BNM di gunakan untuk pelaburan matawang asing. Pelaburan matawang asing secara besar-besaran di bawah Tun Mahathir dan Tun Daim pada ketika itu melibatkan kerugian sebanyak RM30 billion (pada nilai dekad 1980an). 

Namun, sejak itu, perhubungan cabang Eksekutif dan BNM,  di mana kedua-duanya menjalankan peranan masing-masing, adalah lancar dan seiringan untuk pembangunan, pertahanan dan kestabilan ekonomi negara.

Alhamdulillah.




* kopihangtuah



| mcmlxxv:viii:xxix |

0 comments:

Post a Comment