23 November 2013

Apa Lagi Pakcik Mau?




www.kopihangtuah.blogspot.com




Seringkali kita berdepan dengan isu bangsa. Ada yang bersuara melalui televisyen dan ada yang bising di radio. Ada juga yang menulis di surat khabar dan ada yang berceramah di surau dan masjid. Hakikatnya soal bangsa tak akan punah. Ianya akan selalu menghantui jiwa kita dan berkumandang di minda. Ini adalah perjalanan yang harus berterusan. Jika kita berhenti, nescaya hancur bangsa dan tidak ada maknanya kata-kata hikmat Laksmana Hang Tuah. Mungkin tatacara perlu ubah. Tapi yang tentu, acara perlu berkesinambungan. Tidak perlu menangis. Kita hanya perlu bertangkis. Seorang penyajak baru-baru ini menulis. Dia menulis mengenai hal ini. Hal ehwal bangsa. Alkisahnya Melayu di abad ini. Sungguh bermakna sajak ini sehingga perlunya aku kongsi bersama pembaca blog aku. Aku persembahkan, Apa Lagi Pakcik Mau? yang mana, penyajak lebih gemar jika identitinya tidak diketahui ramai (walaupun ada yang dapat meneka).

APA LAGI PAKCIK MAU?

Pakcik,
Anak-anak kau semua dah di hantar belajar
Ada di sini dan ada di Amerika tu
Semua bayaran ditanggung beres
Apa lagi Pakcik mau?

Yang Berhormat,
Ya, ya, memang anak aku semua terpelajar
Tapi mereka masih menjadi hamba
Makan gaji tak berkembang otak
Soal niaga masih buta dan bodoh

Pakcik,
Baja, benih, mesin semua dah diperuntukkan
Tanah berbidang-bidang sudah diterangkan
Cuma tinggal kau usahakan tanah
Apa lagi Pakcik mau?

Yang Berhormat,
Ya, ya, memang tanah dan subsidi semua aku dapat
Tapi aku masih menjadi hamba
Bila siap tuai yang makan untung bukan aku
Soal dagang masih sisih dan dungu

Pakcik,
Tengok saudara mara kau yang di Kuala Lumpur
Pakainya segak keretanya besar
Rumahnya gah bininya tiga
Apa lagi Pakcik mau?

Yang Berhormat,
Ya, ya, memang hebat kaum kerabat aku
Tapi kami masih menjadi hamba
Tunduknya maruah sebab hutang keliling pinggang
Soal pelaburan masih kosong dan tipis

Pakcik,
Apa yang sebenarnya Pakcik mau?

Yang Berhormat,
Pakcik tak mau apa-apa
Pakcik dah tua
Tak lama lagi Pakcik mati
Yang sebenarnya bangsa Yang Berhormat yang mau
Kalau dulu dapat pelajaran
Mungkin sekarang mereka mau peluang
Kalau dulu dapat bertanam
Mungkin sekarang mereka mau berdagang
Kalau dulu dapat pinjaman
Mungkin sekarang mereka mau kekayaan

Pakcik,
Nanti saya usahakan

Yang Berhormat,
Bukan dah 56 tahun ke Yang Berhormat dah cuba usahakan?



* kopihangtuah




| mcmlxxv:viii:xxix |

20 November 2013

Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu




www.kopihangtuah.blogspot.com




* * * * *

Semua watak dan insiden di dalam cerpen ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana individu atau peristiwa di dalam dunia nyata melainkan fakta-fakta sejarah yang diguna-pakai. Jika ada nama tempat atau syarikat sebenar yang digunakan dalam cerpen ini, ia sekadar dimasukkan dalam konteks fiksyen dan tidak ada kena-mengena dengan tempat atau syarikat yang sebenarnya.

* * * * *

Dunia kini sedang melalui suatu pengelutan yang amat menakutkan. Umat manusia seakan alpa akan mala petaka yang bakal menimpa mereka hasil perbuatan mereka sendiri. Mereka seakan tidak mengendah bencana-bencana yang menimpa kehidupan seharian. Malah, sejarah dan sastera yang hikmahnya sebagai pengajaran langsung dibuang sebagai sampah yang busuk. Kejahilan bermaharajalela. Kehancuran alam berleluasa. Politik dan agama dipersendakan untuk keuntungan materialistik. Ekonomi dan kesihatan semakin tenat. Budaya dan tamadun diperogolkan. Mungkinkah Tuhan sudah amanatkan kiamat itu diperbentangkan oleh manusia itu sendiri?
 
Di tengah pengelutan itu, seekor makhluk asing, Asdfghjkl, dari sebuah planet jauh berjuta-juta batu, Planet Poiuytrewq (Planet P), tiba di Bumi manusia, khususnya sebuah semenanjung yang bergelar Malaysia. Setelah memasuki tubuh badan seorang manusia bernama Ali Riziad, beliau mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia untuk mempelajari konsep hidup makhluk bergelar manusia. Apabila dibandingkan dengan cara hidup di planetnya sendiri, manusia ini menjadi satu fenomena aneh. Dengan kewibawaan biologi manusia, mereka seolah-olah bodoh dan tidak tahu mengguna otak. Di dalam lautan negatif ini, Ali Riziad (ataupun jelmaan sebagai Ali Riziad) masih tertarik dengan manusia. Ada sesuatu yang unik dan suci mengenai manusia yang belum dapat dirumuskan secara logik. Ali meneruskan pengembaraannya di Bumi demi mencari jawapan untuk persoalan ini.


* * * * *



TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU

 

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Lihat dari jauh rindu padamu"




KU dah penat dan bosan dengan Kuala Lumpur yang penuh dengan kepalsuan. Makanannya yang penuh dengan Ajinomoto. Bau-bau busuk peluh manusia yang berlegar-legar di Jalan Bukit Bintang. Polis-polisnya yang penuh dengan korupsi duit kopi langsung bermaharajalela gangster-gangster di Tiong Nam dan pelacur-pelacur bapok di Lorong Haji Taib. Tidak ketinggalan cina-cina Jinjang Jo Hooray yang menari tak tentu hala di Zouk atau di kelab-kelab di Jalan P. Ramlee bersama-sama expatriate-expatriate yang hanya mahu kongkek perempuan-perempuan Asia. Hujan yang sekejap sahaja bertukar menjadi bah yang merosakkan segala perancangan. Hipokrasi 1Malaysia yang dipentaskan membuatkan malam mentertawakan manusia Kuala Lumpur apabila khutbah Jumaat di Masjid Jamek masih di dalam Bahasa Tamil. Melayu masih mundur dan miskin di Kampung Baru dan hanya mampu berlegar di kedai-kedai Mamak di malam hari bersama motosikal cabuk dan perangai rempit yang memalukan. Manakala cina masih mencetak duit walaupun serendah perniagaan di Jalan Petaling. Keadaan trafik yang berbaris panjang melusuhkan kesabaran. Kononnya Kuala Lumpur menjanjikan kekayaan masyarakat opportunis. Gadis-gadis kampung dari ulu negara Cina, Siam atau Vietnam tertipu kononnya boleh dapat kerja kilang tetapi berakhir di Health Spa yang tumbuh macam cendawan di sana-sini. Yang membuat kekayaan hanya mereka yang memegang sampul-sampul kuning atau coklat yang tertera, “Urusan Kerajaan”. Ini zaman bukan zaman Elyas Omar lagi. Bukan zaman Volvo 240. Ini zaman orang menjatuhkan orang lain melalui rakaman video-video lucah yang tersembunyi di bilik-bilik hotel. Ini zaman orang berkumpul-kumpul dengan t-shirt kuning melaungkan kebebasan gay, lesbian dan bapok. Ini zaman orang melaungkan agama tanpa penghayatan agama itu sendiri. Lamunan aku bagaikan seorang penyair yang mendeklamasikan kata-kata puitis. Tapi, tiba-tiba,….


            “Fuhhh, I am so glad that we have finally arrived at this. Cannot wait to climb Mount Kinabalu. I want to escape this madness of work and Kuala Lumpur,” ujar Sabrina. “Darling, aren’t you excited?”

            “Ya, ya. I takut tak sampai atas saja. Badan ni dah nak sampai umur 40 tak lama lagi. Entah boleh tahan sampai puncak tak. Kita training pun tak cukup. Takat Batu Caves, Broga, Bukit Cerakah, Bukit Gasing,… itu je,… tak cukup tu. Jogging pun nak tak nak takat 5km. 10km tak larat. Stamina kurang. The only satisfying thing is me quiting smoking.”

            “Ok lah tu sayang. It’s ok. You climb at your own pace. You kena semangat. Kalau you sampai puncak, and dah lah time tu 16 September! Hari Malaysia! Lagi meaningful ok! Kita ambil foto kat South Peak as evidence. Nobody can deny we reached puncak. Kita bayar mahal tu. RM700 each untuk accommodation kat Laban Rata dan tiket to climb and another RM700 each untuk flight dan hotel kat KK. Banyak tu RM1,400 boleh beli iPad baru tu. You know how you managed to finish 10km in Standard Chartered marathon all due to determination? Well, you need that determination again for this Dear.”

            “What is South Peak again?”

            “South Peak tu puncak yang kat belakang duit seringgit… or rather, dah tukar now on the new notes. Sekarang belakang duit seratus Ringgit.”

            “Is that the highest peak?”

            “Nope. The highest is Low’s Peak. We have to climb Low’s Peak.”

            Hmmm,…. Puncak paling tinggi namanya ‘Low’, kelakar. Aku masih membaca nota ‘shopping list’ yang Sabrina sediakan dulu sebelum membuangnya ke dalam bakul sampah. Takut-takut ada yang tertinggal belum beli. Nota dari Sabrina berbunyi sedemikian:

 

Sayang,

Jangan lupa beli barang-barang ni. We need it for our Mount Kinabalu climb on 15 and 16 September nanti. Kitakan nak celebrate Malaysia Day kat Summit tu nanti! Muahhh! Ok here is the list:

1.      Kasut hiking Columbia. I dah ada. U beli untuk u sendiri ok. Kalau tak jumpa Columbia, cari Solomon.

2.      Many sox for both of us

3.      Tights for both bottom and upper body – U beli untuk u saja. I will cari for myself masa lunch kat ofis

4.      Windbreaker kalis air for both. I nak colour light green.

5.      Knee guard and ankle guard for both of us

6.      Ski mask for both

7.      Deep heat

8.      Anti cramp pills

9.      Many power bars

10.  Many Energy Gel

11.  2 Whistles

12.  2 climbing sticks

Have fun shopping!

 

            Kesemua item telahpun di’tick’ menandakan barangan sudah dibeli tetapi terdapat tanda soal di ‘item’ nombor tiga. Aku memekik ke arah Sabrina yang masih memakai coli dan panties di dalam ‘walk-in-wardrobe, “Hey you! Item ‘Tights for both bottom and upper body’ you dah beli for yourself belum?”

            Sabrina keluar dari ‘walk-in-wardrobe’, “What?”

            “Isshhhh,… I tanya, Tights for both bottom and upper body, you dah beli belum?”

            “Dah,…. Kan I dah bilang hari tu you tak payah beli for me. Just buy for yourself.”

            “Ok then,” kataku sambil memperonyokkan nota tersebut dan membuat gaya aksi Michael Jordan membuang gumpulan kertas tersebut seperti bola keranjang ke dalam tong sampah RM400 yang dibeli dari Harvey Norman. “Berapa lama nak siap ni? Teksi dah sampai tu kat bawah,” kataku sambil menyarungkan t-shirt Metallica Whiplash yang dibeli oleh adik Riziad semasa konsert Metallica di Singapura baru-baru ni. Kemudian aku menyarung jeans Levi’s biru tua yang entah berapa bulan tak berbasuh. Seterusnya kasut Converse hitam yang dihadiahkan oleh Zack untuk harijadi tahun lepas. “Helllloooooo!! I am ready, berapa lama lagi you ni?”

            “I nak dry rambut ni. Tunggu lah kejap.”

            “You cakap sama teksi driver kat bawah tu,” kataku sambil mengangkat kedua-dua beg pakaian aku dan Sabrina ke bawah untuk dimasukkan ke dalam bonet teksi. Baby Aidan masih tidur. Zack juga masih tidur. Aku terus naik semula ke atas untuk mencium dahi kedua-dua monsters tersebut.

Sabrina baru sahaja keluar dari bilik, “Alaaaaahhhh, the boys are asleep. They will miss me.”

            “Don’t wake them up. Just hug them. Kesian dua-dua tidur lambat. Lagi pun semalamkan dah said goodbye semua knowing we will leave early.”

            “Ok, Ok,” ujar Sabrina sambil mencium kedua-dua budak kacukan Melayu-Cina yang masih nyenyak bermimpikan Boboi Boy ataupun Upin dan Ipin. Kami berdua pun turun ke bawah untuk mengangkat beg masing-masing. “Bibik, ni kunci rumahnya. Jaga budak-budak tu baik-baik ye. Nanti Neneknya datang jaga untuk seminggu ni ya.”

            Setelah selesai beg dimasukkan ke dalam bonet, aku bersuara, “Pakcik, LCCT ya. Kita dah lambat nak pergi KK ni.”

            “Ok, tak pe, trafik agak baik pagi ni. No problem. Masih awal ni,” ujar pakcik yang matanya agak letih mungkin kerana terpaksa datang terlalu awal ataupun sudah lama menunggu di luar tanpa secangkir kopi yang diidam-idamkan tetapi tak kesampaian.

            Aku menaip whatsapp kepada group whatsapp Kinabex yang ahli-ahlinya terdiri daripada kawan-kawan yang akan memanjat Gunung Kinabalu bersama kami, “Hello bros & sis, will be checking in immediately once at the airport & then we will wait at mcdonalds lcct. c u there.” Harap-harap tak de yang lambat check in sebab syarikat kapal terbang murah ni bukan dia respek orang dah bayar banyak. Dia ikut suka mak bapak dia aje. Kalau dulu aku kat Australia, kapal terbang tu tunggu sampai aku masuk. Siap penumpang lainnya semua sorak kat aku. Masih aku ingat lagi adegan yang memalukan itu di lapangan terbang Sydney pada tahun 1993. Ye lah, first time naik kapal terbang pergi overseas. Sebelum tu cuma sampai Singapura dan Thailand. Bukan Thailand betul pun Padang Besar tu. Tu pun naik kereta. Kapal terbang sekadar setengah jam dari Subang ke Bayan Lepas.

Penerbangan ke Kota Kinabalu tak membawa apa-apa kesan sebab aku tertidur sepenuh masa. Kesemua rakan-rakan seperjuangan mendaki masih lagi tertunggu-tunggu di tepi dinding lapangan terbang Kota Kinabalu. Kononnya terlupa nak ambil nombor telefon tukang drebar yang nak membawak kita ke Kundasang. Aku dan Sabrina seperti biasa membaca buku apabila waktu tertunggu-tunggu seperti ini. Dah terbiasa buat perangai Jepun ni masa kerja di London. Naik tube membenarkan banyak masa membaca. Sabrina dengan buku vampire entah apa tajuknya. Aku masih lagi menggagah untuk menghabiskan Mein Kampf yang dah bertahun-tahun aku ketepikan untuk membenarkan buku-buku lain yang lebih menarik seperti karyaan Dan Brown dan Jeffrey Archer.

            Shereen dan suaminya Ariff, dengan perangai Gen Y mereka, tak habis-habis menyengkang mata bermain Instagram, Facebook dan Twitter. Entah apa yang diorang omong kosong kat cyberweb tu. Hairan aku. Kan lebih elok baca buku macam aku ni. Dah macam tua pulak rasanya aku ni. Shahril dan kawan ‘plutonic’ Alfiah, kononnya, masih berbual-bual menyenda-nyendakan loghat Sabah dengan ‘Bah’, ‘Bah’, di penghujung setiap ayat yang dituturi. Silap-sila kena sepak dengan orang Sabah diorang ni. Ahli yang ketujuh, Farhan masih memeriksa emel untuk mencari nombor telefon drebar, “Ahhhhh!! Ok dah jumpa. Ni nombor 017 205 1188 Mr Arthur Johnny Bana. Aku telefon sekarang ye.” Beberapa saat kemudian, “Hello! Arthur! Hoi! Kita sudah sampai’bah’. Mana you?.... Errrr… Ok, Ok, nanti kita jalan ke sana.” Rupa-rupanya dah lama anak si Bana tu sampai kat hujung sebelah yang lagi satu lapangan terbang. Ceh! Terpaksa pulak kita yang berjalan usung beg ke sana. Kenapa tak dia aje yang datang sini.

            “Farhan, sapa mamat Arthur ni? Mana kau dapat contact?” tanyaku.

            “Ni kawan sepupu aku si Dr. Faisal. Arthur ni bukan orang sini. Dia orang Sarawak. Dulu dia engineer. Entah kenapa sekarang jadi tour guide. Kononnya buat lagi banyak duit. Kalau nak minta dia bawak kita pusing-pusing no problem tapi kita nak kena ada 2 jam dari sini nak sampai Kundasang, kaki gunung.”

            “Dua jam?!” terkejut aku.

            “Ye lah. Nama Gunung Kinabalu tapi bukannya kat Kota Kinabalu. Kena naik tanah tinggi Kundasang dulu.”

            Kami bertujuh masuk ke dalam van si Arthur untuk di bawa ke Kundasang. Perut macam berbunyi pulak tu. Terasa lapar. “Eh! Korang tak lapar ke? Jom pergi makan dulu kat water front dekat Filipino Market. Boleh beli mutiara sekali. Keropok pun ada. Udang kering Sabah pun banyak kat situ.

            “Bro, takat makan ok kot. Nak shopping tu later-laterlah lepas dah turun gunung,” sampuk si Ariff.

Pundek betul budak ni. Nanti bila dah turun kaki sakit terkenkang-kengkang macam mana nak round shopping. Cheh!, “Ok lah macam tu. Kita gi makan dulu dan mungking beli 100Plus dua tiga botol dan power bar untuk memanjat nanti.”

Kundasang sangat nyaman udaranya. Terasa sejuk anginnya sepoi-sepoi bahasa. Di latar belakangnya tersergah indah Gunung Kinabalu. Lagi cantik bila terperasan air terjun sana-sini dari jauh yang seolah-olah helaian benang putih menegak di persada gunung. Teragak-agak aku puncak yang mana satu yang Sabrina katakan tadi. Apa ye? Oh ya, South Peak puncak yang tertera di sebalik duit seringgit, ataupun, yang nota barunya, duit seratus Ringgit. Kononnya puncak paling tinggi ialah Low’s Peak tetapi ada yang menyatakan yang ada lagi puncak yang lebih tinggi yang tak tercapai oleh pendaki gunung. Puncak tersebut hanya mampu dicapai melalui helikopter. Apa-apa sajalah. Janji aku sampai puncak Seringgit tu tadi.

            “Baby, jom ambik gambar dengan Gunung Kinabalu kat belakang ni,” ujar si Sabrina.

            “Tak nak lah nanti termasuk gambar hantu Puteri Santubong.”

            “Eiiii!!! You ni! Puteri Santubong di Sarawak lah. Lagi pun jangan sebut-sebut nama macam tu. Kita kan kat hutan ni. Lagi sebut, lagi dia datang. Mulut tu jangan celupar”

            “Ahhhh!!!! Tahyul. Mana ada hantu-hantu tu semua.”

            “Bukan hantu. Orang Bunian yang duduk kat hutan tu ha.”

            Entah kenapa orang Melayu ni suka sangat percaya benda-benda mengarut macam ni. Yang aku hairannya si Sabrina ni Cina. Ni semua pasal kawan dengan orang Melayu banyak sangat. Aku memang tak paham sungguh. Di Planet P bila bangsaku mati, memang mati semati-matinya. Takdenya benda-benda hantu ni. Agak sukar aku nak menerima alam ghaib kepercayaan manusia ni. Kalau ada pun mungkin aku tak takut walaupun dibenak jiwa aku ini ada jugak perasaan takut bekas saki-baki maklumat si Riziad di dalam otaknya. Aku dan Sabrina mengambil beberapa gambar berlatarkan Gunung Kinabalu. Memang indah pandangannya. Planet Bumi ni indah. Alangkah rugi manusia di Bumi kerana mereka asyik dan alpa dengan kegiatan-kegiatan yang memusnahkan alam. Lihat saja hutan-hutan yang ditebang. Sungai-sungai yang dicemar. Udara yang kotor dengan pelbagai bahan kimia luahan kilang-kilang. Semuanya atas nama pembangunan. Tapi akhirnya, Bumi ini akan rosak binasa. Di manakah manusia akan pergi selepas itu? Bulan? Hancur!

            Ariff dan Shereen masih di dalam ofis Taman Negara mendaftar nama dan membayar bil memanjat. Alfiah dan Shahril mungkin di tandas. Farhan seorang saja yang ingatkan Tuhan di surau di belakang ofis Taman Negara. Aku memerhatikan gelagat orang-orang yang mengunjung Kundasang. Ada Cina. Ada Jepun. Ada Mat Salleh. Ada juga orang Melayu. Semuanya dalam linkungan 20an dan 30an kecuali orang Jepun yang nampak muka sekor-sekor macam tua nak mampus. Di papan tanda depan ofis terpampang amaran orang-orang yang tidak dibenarkan memanjat gunung. Antaranya Sakit Jantung, Hypertension, Lelah, Ulcer Peptic, Anemia, Kencing Manis, Sawan, Arthritis, Hepatitis dan juga Gemuk! Haha! Gemuk. Kesian orang gemuk tak dapat panjat. Tapi badan si Riziad ni pun macam gemuk jugak. Persetankan. Aku akan jajah puncak Kinabalu!

            “Ok, ni dah dapat tag nama dan dah bayar semua. Kita ke hotel Sutera sekarang ni,” kata si Ariff memotong angan-angan aku yang akan aku sampai ke puncak.

Malam di atas tanah tinggi ni memang sejuk. Kami semua sempat makan malam secukupnya dengan karbohidrat yang memadai. Sup panas menjadi tarikan ramai untuk memanaskan badan. Bagi aku biasa saja. Takat 15 darjah Celsius tak jadi masalah. Dulu aku pakai seluar pendek lari ke Tesco Express beli rokok kat Chiswick di musim sejuk. Untuk meluangkan masa kami berbual panjang pasal pengalaman kami di bidang masing-masing. Agak penat menceritakan kisah benar aku diheret pengawal keselamatan di Dubai. Haram jadah punya perempuan gila Saudi. Adaka dia ingat aku nak ambil foto dia sedangkan aku mengambil gambar Buruj Kalifah. Sebelum malam menjadi lewat, kami semua kembali ke bilik tidur untuk membenarkan keadaan sebaiknya mendaki esok.

 

Pagi-pagi lagi kami semua sudah bersedia. Masing-masing dengan kasut Solomon ataupun Columbia. Ada yang tak bawak kayu panjat tapi tak menjadi masalah sebab ada tempat sewa kayu di situ. Beg-beg baju sudah diambil potter yang mengangkut 30 kilogram di belakang mereka memanjat gunung tanpa rasa penat. Mungkin terlampau biasa buat kerja macam ni. Kebanyakannya perempuan pulak tu. Ada yang mengangkat tong gas untuk asrama di atas gunung. Dahsyat orang-orang Sabah ni semua. Sebelum bermula, Mountain Guide memberi briefing panjang lebar. Yang aku ingat cuma, “Jangan bising-bising. Hormat makhluk di hutan.” Apa-apa lah.

            Kami bermula di pagar Tambang iaitu checkpoint permulaan Mesilau Trail. Mesilau Trail ni kata mereka agak sukar sebab lebih panjang dari trail yang satu lagi, Timpohon. Aku bertanya, “Ehh, kenapa kita pilih Mesilau ye? Bukan ke Timpohon lagi cepat sampai?”

            “Brother, tak cool lah Timpohon. Biar gempak terus. Ambik Mesilau. Profesional semua ambik Mesilau. Kalau sampai puncak kita dapat 2 sijil. Sijil sampai puncak dan juga sijil sampai puncak melalui Mesilau,” gahnya si Ariff yang dahulu pernah memanjat Gunung ni tahun lepas.

            “Oh macam tu ke? Kenapa tak jalan je dari airport tadi? Boleh aku print kertas A4 kat ofis sijil sampai puncak dari airport,” kataku dengan sinis.

            “Isshhhhh,…. Sarkastik pulak orang tua ni,” ujar si Ariff yang muda dari aku 8 tahun. Budak hingus ni aku terajang kepala baru tau.

            Hutan tropika yang tebal dan gelap mendatangkan perasaan yang ada makhluk hutan yang memerhati kami dari celah-celah semak belukar. Adakala terkeluar bunyi-bunyian dari dalam semak. Ada jugak rasa gerun tapi bila yang keluarnya seekor tikus besar ataupun tupai, tersenyum juga bibir kami. Aku ada jugak memerhati sana sini mana tau ada binatang ganas yang boleh aku ambik gambar. Ular tak da. Harimau memang tak payah tanya. Nyamuk pun tak de. Yang ada tupai dan tikus tadi dan juga burung-burung berkicauan. Ada jugak bunyi lalat dan lebah dari jauh tapi tak kelihatan. Sekali-sekala aku menghisap air 100Plus sedikit demi sedikit takut tak cukup sampai ke puncak. Pisang dan power bar juga aku kunyah sedikit demi sedikit. Kalau boleh nak bawa banyak-banyak tapi takut berat pulak beg galas kat belakang aku ni. Dah lah si Sabrina ni pergi humban semua barang dia dalam beg aku. Yang dia bawak cuma satu botol 100Plus. Baju untuk tukar dan headlight semua dalam beg aku.

            Hujan renyai-renyai makin lebat. Terpaksa kami keluarkan baju hujan. Dah aku agak. Pergi panjat Gunung Kinabalu di bulan September apa taknya. Nak sangat sampai puncak masa Hari Malaysia 16 September. Kan dah basah kuyup kena hujan. Telefon Sony Ericksson aku baru aku sedar dalam poket seluar yang tak terlindung dek baju hujan. Lingkup habis rosak telefon aku. Nasib baik Samsung S4 masih elok tersorok di dalam beg galas. Sekali-sekala Sabrina dan aku berhenti mengambil gambar permandangan yang indah. Itu pun bila hujan berhenti. Rasanya dalam sepuluh kali hujan mula dan berhenti. Keadaan langit pun tak beberapa cerah dan penuh pulak kabus yang menyelimut puncak-puncak pohon hutan yang mencakar langit.

Hutan semakin kurang lebat dan pohon-pohon kayu semakin rendah apabila kami memanjat ke tahap yang lebih tinggi. Jalan-jalan pendaki ada kalanya mudah semudah tangga rumah dan ada kalanya susah macam memanjat Pyramid di Giza. Yang sememangnya nyata ialah kepenatan yang melanda. Aku lihat budak-budak yang lain laju semacam aje. Aku semakin perlahan dan kaki semakin sakit terutamanya lutut dan pergelangan kaki. Teringat aku pada papan tanda amaran yang menyatakan Arthritis sebagai salah satu penyakit yang menghalang pendaki. Di kepala otak aku cuma ingin meneruskan kecekalan. Aku harap-harapkan larian 10km dan renang 10 laps aku yang aku lakukan setiap minggu mencukupi untuk menyediakan aku memanjat gunung ni.

            Tanpa aku sedar, Sabrina dan budak-budak yang lain sudah hilang dari pandangan. Aku memekik, “Sabrinaaaaaa!!!!!.”

Selepas beberapa saat ada pulak aku dengar, “Rizzy!!!! Are you ok?” terlaung-laung sayup-sayup jauhnya dari di mana aku berdiri.

Aku menjawab, “Ok!.” Teringat aku pada pesanan Mountain Guide tadi. Aku tak seharusnya pekik. Tiba-tiba aku terasa macam ada orang mengekori aku dari belakang. Aku menoleh secepat mungkin sambil mengangkat kayu panjat aku bersedia nak belasah apa-apa makhluk yang cuba berjenaka dengan aku.

“Ahhh!!! Kau rupanya! Terkejut aku!” jerit aku pada Mountain Guide yang tercungap-cungap berlari ke arah aku.

“Abang. Saya nak bagi tau ni yang saya terpaksa turun balik. Ada Mountain Guide satu lagi kena sawan. Saya kena angkat bawa dia turun untuk ke hospital.”

“Hah? Habis yang kitaorang bayar mahal-mahal ni buat apa? Satu Mountain Guide pun takkan ada membantu kami panjat nanti?” marah ku tiba-tiba.

“Tidak. Bukan kami bermaksud macam tu. Mountain Guide yang satu lagi tu sakit. Emergency Bang. Abang sambung saja naik sampai Laban Rata. Di situ ada banyak Mountain Guide. Nanti saya call diorang suruh tengok-tengokkan team Abang memanjat dari Laban Rata ke puncak.”

“Hah…. Ye lah. Apa-apa sajalah. Dah. Pergi tolong kawan kau yang sawan tu. tak silap aku papan tanda kat bawah tadi bilang orang sawan tak boleh mendaki. Yang kawan kau jadi Mountain Guide tu kenapa?”

“Ialah. Saya pun kurang periksa Bang. Tapi atas peri kemanusiaan, kita mau kena tolong kawan ya.”

“ya, ya.”

Mountain Guide yang namanya pun aku tak ingat itu terus berpatah balik berlari turun gunung. Aku berpaling semula ke arah puncak dan menyedari yang mungkin kalau aku menjerit nama Sabrina, tidak ada jawapan yang memantul. Namu aku mencuba, “Sabrinaaaaa!!!!.” Memang aku dah agak. Diorang semua dah jauh ke hadapan. Aku keseorangan hanya bertemankan hujan yang turun, separuh pisang dan beg yang berat dengan barangan aku dan juga Sabrina. Di dalam kesunyian hujan belukar dan juga kabus hujan yang berarak menyerap ke celah-celah pohon kayu, aku semakin khayal dengan kepenatan dan terbayang-bayang aku makhluk-makhluk halus melompat-lompat dari satu pohon ke satu pohon mengejek aku “Hoi! Manusia Bodoh! Hoi! Manusia Bodoh! Kau dulu bongkak dan sombong tak percaya adanya orang Bunian ye!.” Aku terus berjalan dengan kaki yang semakin berat dan sakit. Badan aku semakin sejuk disebabkan kesemua baju salinan sudah dibasahi hujan gunung yang tak mengenal simpati pendaki. Mata aku semakin layu. Tanpa aku sedari, aku terduduk terus di batu-batuan di tepi perjalanan.

Fuhh! Memang penat nak mampus! Kenapalah aku setuju dengan Sabrina nak panjat gunung batu bengong ni? Kan lagi elok duduk rumah main gitar Gibson Les Paul aku? Sambil aku meneguk air 100Plus aku terperasan ada lembaga yang terduduk di atas tongkol batu besar 5 meter dari aku. Aku tersenyap dan pergerakan aku terhenti. Hanya biji mata aku sahaja yang bergerak menoleh perlahan-lahan ke arah lembaga tersebut. Pukimak! Apa kejadahnya benda ni? Ada perempuan tua berpakaian hitam siap dengan tudung hitam dan mata tertutup bertapa di atas batu. Aku tergamam. Orang Buniankah ini? Hantu syaitan mana pulak ni? Itulah mulut aku tadi celupar sangat. Betul kata Sabrina tadi. Aku harus diam sebaiknya. Mungkin Puteri Santubong terbang dari Sarawak sebab aku seru dia tadi? Puteri tua kejadah apa ni? Aku terus memerhati. Orang tua tersebut masih tidak bergerak dan matanya masih tertutup. Ishhhhh,…. Apa yang harus aku buat ni? Nak sambung jalan terpaksa lalu di hadapan lembaga ni. Takkan nak tunggu sampai makhluk ni terbang mengilai. Ada yang aku pengsan kat sini atau kena sawan macam Mountain Guide tu tadi. Tiba-tiba kelihatan kelibat manusia turun dari atas.

“Ahhh,… Makcik. Maaf ya. Sekarang kita boleh naik,” ujar manusia tersebut.

“Wei!! Apa ni? Kau sapa? Makcik tua ni sapa?” tanya aku dengan cemas.

“Ohh, saya Mountain Guide. Ini Makcik Tukang Urut. Saya harus bawa dia ke atas untuk urut orang-orang yang kesakitan di Laban Rata.”

“Ahhhhhh,….. ok. Aku pikirkan apa tadi. Ehh!! Ada kamu nampak kawan-kawan aku? Ada seorang muka Cina dengan jersey biru Chelsea.”

            “Ohh ya. Ada. Mungkin mereka sudah sampai di Paka Shelter tu abang.”

            “Paka? Yang aku tau Paka kat Terengganu adalah.”

            “Huh?”

            “Dah jangan kau hirau joke bangang aku tu tadi. Berapa lama lagi nak sampai Paka Shelter tu?”

            “Sekarang ini lagi satu minit atau dua minit abang akan sampai Villoss Shelter. Itu adalah dalam 5 kilometer dari Timpohon Gate. Paka Shelter lebih kurang 1 kilometer dari situ.”

            “Tapi aku naik dari Mesilau.”

            “Oh kalau macam tu sesampai saja di Villoss, abang dah buat dalam 6.5 kilometer. 1 kilometer sampai Paka dan kemudian lagi 1 kilometer sampai Laban Rata. Saya perlu pergi sekarang ya,” ujar Mountain Guide sambil mengangkat Makcik Tua Tukang Urut di belakangnya dan terus laju menghilang ke dalam kabus tebal.

            “Ok terima kasih,” jawabku lambat sambil mengagak yang setibanya aku di Paka, memang takkan aku jumpa si Sabrina tu. Entah-entah bila aku sampai Paka, semua dah sampai Laban Rata. Aku dah berjalan hampir 6.5 kilometer dalam masa 8 jam. Kalau ikutkan apa yang aku baca, seelok-eloknya setiap kilometer sepatutnya 1 jam. Aku dah kebelakangan ni. Headlight ada pada aku. Sikit lagi hari dah semakin gelap. Lagi-lagi Malaysia Timur yang gelap pukul 6 petang berbanding 7 petang di Semenanjung. Nanti Sabrina tersangkut di dalam kegelapan. Ni semua Tun Mahathir punya pasal sebab menyamakan zon masa Borneo dengan Semenanjung sebaik sahaja dia menjadi Perdana Menteri pada tahun 1982 kalau tak silap. Harap-harap sempat Sabrina sampai ke Laban Rata sebelum gelap.

Jam di tangan sudah pukul 4:30 petang. Kalau aku cuba lajukan perjalanan mungkin dapat aku praktikkan kadar satu jam untuk satu kilometer. Kata si Mountain Guide tadi ada lagi lebih kurang 2 kilometer lebih lagi. Aku mengunyah cebisan power bar yang terakhir dan meneguk titisan 100Plus. Tidak ada lagi bekalan makanan atau minuman selepas ini. Aku harus merempuh hutan belukar di dalam hujan dan kabus selama lebih kurang 2 jam untuk 2 kilometer lagi. Pada jangkaan aku lagi sejam setengah malam akan tiba. Awal-awal lagi sudah aku keluarkan headlight dan meletakkannya ke kepala aku mengikat bandena Search yang aku beli dari konsert Search-Wings Double Trouble. Aku cukup sayang dengan bandena yang mempunyai autograph Amy Search ni. Tak silap aku dapat autograph ni semasa bertembung dengannya di Studio Akarkarya kepunyaan Acis suami si Sheila Majid. Harap-harap Search akan memberi semangat untuk aku mendaki.

Aku meneruskan perjalanan yang semakin lama semakin sukar. Lorong semakin kecil. Tanggaan lorong mendaki juga semakin berbatu dan tinggi. Aku terpaksa menggunakan otot-otot paha yang sebelum ini belum cukup aku kerjakan. Lutut sudah mula berasa umur 40 walaupun badan si Riziad ni baru berumur 38 tahun. Sendi-sendi pergelangan kaki mula sengal. Di dalam keadaan fizikal yang tidak memberangsangkan itu, aku hairan yang pernafasan aku masih cekal. Aku masih dapat bernafas dengan baik. Sebelum ini ada yang memberi amaran yang jika stamina tidak cukup, kemungkinan besar pendaki boleh mengalami Acute Mountain Sickness ataupun AMS di mana pendaki akan merasa sakit di dada. Alhamdullillah aku masih boleh bernafas dengan baiknya. Inilah dia hikmah aku berenti menghisap rokok dan juga renang 10 laps setiap minggu. Ada juga yang kata jika kita naik perlahan-lahan, pernafasan akan mengalami proses asimilasi udara tipis yang dapat mengelak AMS. Hmmm,… mungkin kelembapan aku menolong.

Dalam kepenatan aku mengharap sesuatu yang indah seperti bunga Rafflesia. Puas aku memerhati sekeliling. Tidak terjumpa bunga Rafflesia. Ada bunga-bunga hutan berwarna-warni tapi tidak aku tahu apa jenis dan species bunga-bunga tersebut. Di dalam kehampaan tersebut akhirnya aku terserempak dengan bunga Periuk Kera yang kecil dan merah. Sungguh gembira dibuatnya. Langsung aku mengeluarkan Sony Ericksson untuk mengambil gambar. Cehh! Cibai! Terlupa dah rosak dimasuk air hujan. Aku keluarkan Samsung S4 untuk mengambil gambar bunga Periuk Kera yang pertama kalinya aku melihat dengan mata kepala aku sendiri. Selama ni hanya di dalam majalah ataupun brochure-brochure Jabatan Perlancongan yang tak cantik.

Lamunan aku terhenti apabila ada sepasang Mat Salleh lelaki dan perempuan berbual sambil turun dari atas. Dari loghat mereka aku jangka mereka dari Britain. Si perempuan Mat Salleh tersenyum melihat aku. Aku pikirkan mungkin aku ni handsome tapi rupa-rupanya…

“Hei there! You have the Liverpool jersey on! Go Liverpool!”

Aku tunduk melihat tshirt yang aku pakai. Oh ya! Baru aku sedar yang aku memakai jersey Liverpool merah. Aku senyum kembali sambil membalas, “Yeah! You Will Never Climb Alone!”

“Yeah Mate! Never Climb Alone!,” jampuk si Mat Salleh lelaki yang sekarang ini tiba-tiba bunyi loghat Australianya. “Mate, how long is it towards the end of Timpohon?”

Aku menipu, “Oh not far really. Perhaps another 5 kilometers.”

“Thanks mate!”

“No worries!” sambut aku sambil memikirkan kenapa Mat Salleh dua ekor ni turun apabila malam hampir tiba. Bukankah sepatutnya masa untuk naik ke atas sekarang ni? Di hadapan beberapa meter dari situ aku ternampak pondok Paka. Kelihatan beberapa orang sedang berehat. Salahsatu dari mereka memakai baju biru. Eh!! Itu jersey Chelsea tu! “Sabrina!!!!!!,” jeritku dengan gembiranya.

“Rizzy! You made it! We were worried about you. We waited for ages for you to arrive. The day is turning dark soon.” Rupa-rupanya keenam-enamnya berkelah menunggu aku. Aku pun menceritakan hal ehwal Mountain Guide yang kena sawan. Kemudian kisah Lembaga Hitam di atas batu. Juga perbualan You Will Never Climb Alone tadi. Mereka tertawa terbahak-bahak terutamanya hal Makcik Tua tadi. Dalam gelak ketawa kesedaran timbul apabila Sabrina berkata, “Ok sudah jangan gelak-gelak. Kita ni masih dalam hutan belukar. Jangan nampak bongkak. Makhluk hutan marah.”

Semua tersenyap dan kami pun mula berkemas untuk meneruskan perjalanan mendaki ke atas. Ariff kemudian membuat cadangan, “Eh, kalau kita sampai lambat, tak sempat nak makan malam. Dapur kat hostel Laban Rata tu tutup pukul 7 malam. Sekarang dah pukul 5 petang. Kalau ikutkan sepatutnya pukul 6 baru sampai. Tapi kalau ikut Riziad ni, rasanya terlepas makan malam. Ada baiknya kalau kita berpecah.”

“Yelah. Korang pergilah dulu. Tolong simpan makanan aku. Aku kaki sakit ni. Biar aku ikut badan aku ni,” kataku sambil ada perasaan merajuk.

“It’s ok Rizzy. I will follow your speed,” pujuk si Sabrina.

“Ya, aku pun ikut kau punya speed sebab rasanya pernafasan aku ni dah macam susah sikit ni,” jampuk si Farhan.

“Ok, Shahril, Alfiah, Shereen dan aku naik dulu ya,” kata si Ariff. Keempat-empat mereka meneruskan perjalanan dengan kelajuan yang lebih pantas dari kami bertiga.

Perjalanan kami bertiga sememangnya semakin perlahan disebabkan bebatuan yang lebih mencabar dan keadaan fizikal yang semakin surut. Cahaya mentari sudah mula malu-malu kejinggaan menandakan malam ingin menyebarkan sayap kegelapan. Headlights kami sudahpun dipasang dan hanya mampu menyuluh ruangan di sekeliling kami sahaja. Hujan masih turun. Walaupun tidak lebat, tidak juga renyai. Batu-batu semakin licin dengan air yang mencurah turun dari atas gunung disebabkan hujan yang berpanjangan sepenuh hari. Ada kalanya air bah tetangga perjalanan kami membuatkan kami tersilap pijak dan tersilap langkah. Aku terjatuh adalah dalam 3 kali sehingga kemek kayu panjat dan terkeluar perkataan carut dari mulut aku berpuluh kali. Sabrina tetap sabar mengingatkan aku yang kita masih di dalam hutan. Jangan mencarut bilangnya.

Dari arus air yang mengalir kelihatan sampah sarap yang terapung akibat pendaki yang tak bermoral. Di hutan indah ini pun ada yang tak perihatin membuang sampah sarap. Patut orang macam ni disembunyikan Bunian dari dunia kita. Biar dia mati di hutan. Aku mendongak sekeliling aku. Yang kelihatan hanya kepala Sabrina dan Farhan yang disuluh headlight-headlight mereka. Selain dari itu kesemuanya gelap gelita. Tidak ada cahaya bintang ataupun bulan. Mungkin kabus dari hujan masih berlegar di ruang udara. Ada jugak sesekali ternampak cahaya bergerak di langit. Mungkin kapal terbang mambawa lebih ramai orang ke Kota Kinabalu untuk pendakian esok hari.

“Ehhh….. tunggu,” bisik si Sabrina.

“Kenapa?” tanya si Farhan.

“Apa tu?” gerun si Sabrina.

Aku melihat dengan teliti. Kelihatan berpuluh-puluh pasang mata kecil yang menyinar seolah-olah berpuluh-puluh pari-pari kecil merenung ke arah kami. Pasangan mata-mata tersebut tidak bergerak. Mereka cuma merenung. Kami terhenti sambil terdiam melihat mata-mata yang menyinar putih kehijauan. Aku berbisik, “Errrr,…. Aku rasa tak ada apa tu. Mesti ada penjelasan logik di sini macam orang tua tukang urut tu tadi.”

“Tu lah I dah kata tadi jangan gelak-gelak banyak sangat dalam hutan,” marah si Sabrina kesal dengan perangai kami yang tak mengendah tahyul-tahyul ni semua.

Aku berlangkah ke hadapan menuju ke pasangan mata-mata tersebut. Di dalam hati aku terasa keinginan untuk melihat sesuatu yang logik seperti kongkang kecil ataupun sumpah-sumpah yang tergantung di pohon-pohon berdekatan. Apabila aku menghampiri mata-mata tersebut, mulut aku tersenyum.

“Apa tu? Binatang apa tu?” tanya si Sabrina jauh dari belakang.

“Jangan risaulah. Mari sini.”

Sabrina dan Farhan pun menghampiri aku. Mereka juga tersenyum. Apa yang kami lihat bukanlah pasangan mata apa-apa makhluk ataupun binatang nocturnal. Ianya butir-butir kecil kulat di atas daun yang menyinar akibat cahaya headline. “I rasa ni fungus yang glow in the dark ni, “ lawakku untuk menenangkan keadaan.

“Oh yalah. Kulat glow in the dark. Giler cool,” gembiranya si Farhan bersuara.

“Nasib baik. Dah cukup. Jangan gelak-gelak lagi. Kita dalam hutan ni. Jom. Dah 6:30 petang ni. Patutnya kita sampai setengah jam tadi. Ni kita belum lagi sampai-sampai,” marah si Sabrina. Kami bertiga meneruskan perjalanan sehinggalah kami sampai di perkarangan hostel yang lampunya bersinar-sinar di tebing gunung batu. Papan tanda ternyata perkataan LABAN RATA. Setelah 10 jam lebih kami mendaki, akhirnya sampai juga di kilometer 8.5 kilometer jika diukur dari pintu Tambang Mesilau Trail. Ariff, Shereen, Alfiah dan Shahril sudahpun tertunggu-tunggu untuk kami menyertai mereka makan malam. Kami sama-sama makan sambil tergelak-gelak mendengar cerita masing-masing. Sabrina masih bermasam muka kerana takut makhluk hutan masih memerhatikan manusia-manusia bongkak mentertawakan alam.

Di Laban Rata tidak ada air panas. Kononnya nak jimat kuasa elektrik sebab banyak lagi perkakas di situ menggunakan kuasa elektrik. Nak mandi air sejuk takut selsema. Kami hanya mampu mengelap tubuh badan dengan tuala lembap dan menukar pakaian kering. Seperti biasa, hanya Farhan seorang sahaja yang ingatkan Tuhan mengerjakan sembahyang qasar dan jamak Isya di dalam waktu Maghrib. Kami yang lain sibuk dengan camera melihat foto-foto yang diambil semasa mendaki tadi. Jam di tangan sudah pukul 8 malam. Lagi 6 jam kita harus bangun balik pada pukul 2 pagi untuk meneruskan perjalanan ke puncak. Rasa-rasanya Laban Rata ni lebih kurang 80% pendakian. Ada lagi 20% untuk dijelajah. Aku terlantar di atas katil tidak menghiraukan yang lain bersembang. Setelah 10 jam aku mendaki rasanya tak salah kalau aku tutup mata dan terus lelap. Sememangnya aku yang paling perlahan dan yang paling tua. Wajarlah aku memerlukan tidur yang lebih. Sambil menarik selimut menutup muka aku berkata, “Sabrina, you kejut I pukul 2 nanti ye. I penat sangat nak tidur ni.”

“Bangun! Bangun!,” terngiang-ngiang suara Sabrina mengejut aku. Aku membuka mata sambil terduduk di tebing katil. Fuhh! Rasanya aku tidur dengan nyenyaknya sehingga Rapid Eye Movement ataupun REM. Selalunya di dalam kepenatan yang teramat, kita akan tidur dengan dalamnya sehingga termasuk kita diruang mimpi. Terasa segarnya badan kerana cukup tidur walaupun masih terasa sakit-sakit sengal di sekeliling buku lali, lutut dan juga otot-otot paha yang teruja dek pendakian. Keenam-enam kawan sependakian sudahpun turun untuk sarapan. Aku seperti biasa lambat. Apa susah? Sarungkan aje tights, seluar pendek, jersey Liverpool yang masih lembap sedikit, windbreaker, headlight bersama bendena Search dan juga kasut Columbia. Tidak ketinggalan kayu panjat yang sudah kemek tadi. Aku pun turun untuk sarapan bersama yang lagi enam dan sempat mendengar briefing Mountain Guide yang sama. Aku tidak tangkap langsung apa yang diberitahu Mountain Guide kerana terpikir nasibnya yang terpaksa mengangkat kawan yang sawan.

            “Ehh! Bro, bila sampai? Kata angkat kawan pergi hospital?” tanya aku ingin tahu.

            “Ohh, ya memang sudah dihantar. Saya baru sampai sini dalam satu jam tadi. Sempat tidur setengah jam.”

            Kesian pulak aku kat Mountain Guide ni. Mungkin sebab aku marah dia yang dia sanggup gagah jugak naik nak menjadi Mountain Guide kami. “kau kata semalam orang lain akan ganti kau kat sini?” tanya aku lagi.

            “Memang macam tu rancangnya. Tapi orang di ofis bilang tak cukup Mountain Guide di sini, so, saya terpaksa naik jugak di sini. Tak mengapa. Memang saya sudah biasa. Abang tu harus jaga-jaga. Selepas ini banyak guna tangan pakai tali mendaki lereng batu yang curam.”

            “Tangan? Tali? Curam? Apa ni? Tak ada sapa pun yang cakap kat aku kena pakai tangan. Aku tak train muscle-muscle tangan aku ni.”

            “Boleh. Jangan bimbang. Mesti ingat jangan lepas tali. Itu saja.”

            “Ok,” jawabku dengan risaunya sambil memerhati muka si Sabrina yang juga cemas. Ariff dan Shereen tidak hirau mungkin sebab ini kali kedua mereka mendaki Gunung Kinabalu. Farhan masih terpinga-pinga membetulkan kasut minimalisnya yang berupa jejari kaki. Entah berkesan atau tidak kasut macam tu nak panjat gunung batu. Si Alfiah dan Shahril masih berborak-borak entah pasal apa.

            “Ok, mari kita naik. Ada dalam 2 kilometer naik ke atas. Kita kena sampai ke checkpoint Sayat-Sayat di kilometer 1.3 dari sini jam 5 pagi. Kalau lambat ranger di situ tidak benarkan kamu naik sebab terlampau lambat. Kalau terlampau lambat nanti susah nak turun sebab kabus yang tebal dan juga trafik yang sesak kerana orang lain akan ramai turun dari puncak. Ingat ya! kalau ada rasa sakit dada, harus berhenti. Di sini bukan tempat nak meggagahkan diri. Ada pernah orang mati sebab sakit dada tidak boleh bernafas. Ini namanya Acute Mountain Sickness ataupun AMS. Seelok-eloknya kalau mau berhenti pergi ke tepi supaya orang lain dapat terus. Jalannya sekarang lebih berbatu dan lebih kecil. Nasib kita baik tidak hujan. Selalunya kalau hujan, memang kita kena cancel naik puncak. Apabila sampai di kawasan yang menggunakan tali, jangan berhenti di tepi batu lereng sebab ramai lagi di belakang kamu yang tergantung di tali yang sama. Ok? Jom kita mulakan,” terang si Mountain Guide dengan panjang lebarnya.

            “Ehh, brother, apa nama you huh?” tanya aku kerana penat memanggil brother.

            “Ohh, sudah lupa? Masa di Tambang tadi saya sudah bagitaukan? Nama saya Izan.”

            “Ok, Izan. Sorry saya mudah lupa. Yelah sebab saya sudah berhenti rokok dan tidak ada air kopi kat atas gunung ni. Otak ada sikit slow,” sambutku dengan sarkastik yang bersesuaian untuk keadaan.

            Kami bersama berpuluh-puluh kumpulan pendaki yang lain mendaki di dalam gelap pada jam 2:30 pagi. Tidak lagi tertinggal bersendirian. Di tahap sini ramai orang bergerak menuju puncak. Tidak ada syak wasangka perempuan tua yang duduk di atas batu ataupun pasangan mata-mata sinar kehijauan pari-pari kecil. Yang ada hanya kecekalan untuk mengambil gambar bersama puncak yang muncul di atas duit Seringgit lama ataupun duit seratus Ringgit baru. Itu adalah bukti utama yang kukuh apabila aku ingin bercakap besar dan bongkak dengan kawan-kawan di Kuala Lumpur kelak.

            Kami mendaki tanpa berkata-kata. Seperti biasa aku yang paling perlahan di belakang. Sudah ramai yang memotong aku. Sabrina sudah tentu jauh di hadapan. Aku terus mendaki sehingga terserempak dengan Farhan yang terduduk di atas batu. “Woi! Kau jangan jadi macam makcik tua bertapa atas batu. Kenapa ni?”

            “Tak bolehlah brother. Dada dah mula semput. Nak bernafas susah ni.”

            “Jangan paksa. Kalau tak sakit lagi jom ikut aku. Tapi kalau dah rasa sakit dada, better berhenti,” risau aku.

            “Dada belum sakit tapi nak bernafas susah. Takpelah. Kau pergi dulu. Nanti aku ikutlah kat belakang ni. Ramai lagi orang berpusu-pusu naik ni.”

            “Ok bro, I’ll see you later.”

            Aku meneruskan perjalanan sehingga trafik jam orang beratur. Aku bertanya kepada Mountain Guide lain yang ada dekat dengan aku, “Kenapa orang semua berhenti ni?”

            “Itu sekarang bottleneck. Sudah sampai tempat pakai tali. Tapi ada tu budak perempuan menangis pegang tali di tepi batu tu. Kalau dia tak terus panjat semua orang di belakang akan sangkut.”

            Aku memerhatikan Mountain Guide di tepi batu memujuk perempuan tersebut untuk perlahan-lahan terus memanjat tebing batu yang curam dengan menggunakan tali. Apabila aku perhatikan dengan betul rupa-rupanya Mountain Guide itu Izan dan perempuan yang menangis itu Alfiah. Lama juga kami menunggu drama ini. Akhirnya berani juga si Alfiah menghabiskan panjatnya.

            Satu demi satu orang yang beratur tadi memanjat menggunakan tali. Apabila sampai waktu aku baru aku tahu kenapa si Alfiah menangis. Memang menggerunkan. Tangan aku yang lemah memegang erat tali menampung berat badan aku yang 82 kilogram. Tebing batu yang licin hanya dapat aku genggam dengan tapak kasut Columbia aku yang sekarang ini nampak hampir koyak kerana kalah dek batu gunung. Apabila aku memandang ke bawah hanya kegelapan entah jauh mana gaung lereng gunung. Perlahan-lahan aku menarik badan menggunakan tali yang setebal tali kapal sambil mendengar Mountain Guide Izan mengingatkan aku, “Pegang tali tu kuat-kuat.”

            Aku memerhatikan Izan hanya berdiri di lereng batu gunung. Entah kasut apa yang dia pakai. Kasut getah hitam yang melekat pada batu macam Spiderman. Kasut tu pun aku rasa kat hotel tadi harganya RM30 sahaja. Getah hitam macam kasut boot pekebun tu. Hempeh betul. Aku penat-penat beli kasut mahal Columbia sampai lebih RM300 tapi tak boleh melekat macam Spiderman. Baik aku pakai kasut pekebun ni aje. Boleh aku berdiri sebelah Izan tanpa tali. Apabila sampai di penghujung pendakian curam tersebut, aku berehat sebentar. Ternampak si Shahril memujuk Alfiah yang masih tersedu-sedu kerana tidak habis ketakutan memanjat tadi. Aku hanya mengangkat tangan ke arah Shahril memberi isyarat yang aku akan terus sambung meninggalkan mereka. Shahril hanya menunjukkan ibu jari tanda setuju.

            Sebelum aku meneruskan pendakian aku bertanya pada Mountain Guide yang sedang duduk menghisap rokok gulung di lereng batu, “Bro, berapa jauh lagi dan berapa minit lagi sebelum checkpoint tutup?”

            “Ada lagi dalam 100 meter dan lagi 10 minit lagi. Cepat nanti tak boleh naik ke atas.”

            “Ni orang-orang lain di bawah yang baru nak panjat tali ni tak sempatlah ye?”

            “ya mungkin. Mungkin awak pun tak sempat. 100 meter bukan dekat macam dalam balapan. Ini 100 meter batu gunung ni.”

            Mendengar kata-kata Mountain Guide tadi, aku pun mula berlari melompat dari satu batu ke satu batu. Dari jauh terdengar Mountain Guide tadi memekik, “Jaga-jaga lari tu. Jangan sampai terjatuh terguling. Nanti susah kami mau cari awak dalam gelap tu.”

            Nasib baik lereng gunung tidak securam tadi. Aku masih boleh berlari tanpa menggunakan kayu panjat yang masih terikat di belakang aku sejak dari panjatan menggunakan tali tadi. Aku berlari tercungap-cungap sehingga ternampak lampu-lampu checkpoint Sayat-Sayat. Aku sudah pun penat untuk berlari langsung aku belari anak-anak seperti jogging sehingga sampai ke pintu Sayat-Sayat. “Aduh…. Penatnya. Boleh aku masuk ni?”

            “Ohh, boleh. Nasib Encik baik. Ngam-ngam ni. Ada lagi 1 minit kami nak tutup dah ni.”

            “Oh thank you!,” kataku sambil terduduk meneguk air 100Plus yang dibeli di kantin Laban Rata tadi. Aku melihat ranger membenarkan orang masuk walaupun sudah lebih 1 minit. “Ehh!!, tadi kata dah nak tutup?”

            “Ya memang tapi kita kasihan orang sudah panjat sejauh ini langsung mau hentikan mereka? Walaupun sudah jam 5 pagi, kita mungkin kasi dalam 5 minit lagi waktu kasihan.”

            Aku menunggu sehingga habis 5 minit. Yang sampai hanya Shahril. “Woi! Shahril, mana yang lain?”

            “Alfiah kira settle kat situ. Dia tak sanggup naik lagi tu sebab lepas ni semua pakai tali je. Si Farhan aku tak nampak batang hidung pun. Kau buat apa sini ni? Naik aje lah. Aku pergi dulu ya?”

            “Ha.. pergilah. Aku penat berlari tadi. Sikit lagi ni aku sambung,” kataku sambil masih tercungap-cungap menyedut oksigen yang tipis di ketinggian gunung. Aku risau AMS bila aku hanya ada sedikit lagi perjalanan. Ada lebih kurang dalam 1.7 kilometer lagi ni. Setelah dalam 10 minit aku berehat, aku meneguk titisan akhir air di dalam botol 100Plus dan meneruskan perjalanan. Dari sini, di dalam kegelapan yang hanya dibantu headlight, aku mendaki batu gunung yang keras dan mencondong tetapi tidaklah curam. Di bawah masih tidak kelihatan gaung kerana gelap yang teramatnya. Di langit tidak lagi ada kabus kerana baru aku sedar yang aku sekarang lebih tinggi dari awan. Di tebing batu yang mencondong itu aku masih memegang erat tali putih.

Apabila penat aku berhenti terbaring berdiri bersandarkan batu gunung yang condong dan tali terikat di celahan ketiak dan kangkang. Di dalam kepenatan itu dengan pertama kalinya aku melihat sesuatu yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Di tahap yang lebih tinggi daripada awan munculnya fajar siddik. Sejalur cahaya jingga terbentuk di ufuk timur. Sungguh indah dan tidak kelihatan jika di kaki gunung kerana liputan awan. Mungkin kelihatan dari tingkap kapal terbang. Di dalam penghayatan keindahan alam itu aku terdengar suara orang berbual tidak jauh dari situ. Aku menoleh ke atas. Kelihatan beberapa orang melalui sinaran headlight mereka di tebing batu condong lebih kurang 50 meter lebih tinggi dari aku. Suara Sabrina rupanya. Lantas aku menjerit, “Sabrina!!!!!” ke ruangan udara yang gelap disulam cahaya jingga fajar siddik itu tadi.

“Rizzy!!!!! You made it again! Wow!. Hurry up! We will wait for you. Come! Come! Just hike a bit more.”

Aku membuka ikatan tali dari celah ketiak dan kangkang dan terus memegang erat memanjat naik batu gunung yang condong. Sebaik sahaja aku sampai ke pangkuan Sabrina cahaya matahari sudah pun menyinar dengan gahnya. Tidak ada lagi jingga. Hanya sinaran putih dan langit mulai biru. Ariff, Shereen dan Shahril masih terlantar di atas batu. Kami berlima bangun dengan malasnya meneruskan perjalanan. Di samping kami kelihatan izan yang menuju ke arah kami.

            “Ahhh, tinggal 5 orang saja. Mana pergi lagi 2? Tadi sorang sudah sangkut lepas panjat tali. Seorang lagi rasanya tak lepas Sayat-Sayat. Ok sekarang ini kamu berlima harus cepat. Kalau sampai puncak kena sebelum 7 pagi. Ranger tidak benarkan selepas 7 pagi. Sudah masa turun tu.”

            Kami berlima bersama Izan berjalan terus sehingga sampainya di perkarangan dataran batu yang tidak lagi condong. Apabila kami mendongak, rupa-rupanya sudah sampai di South Peak. Shahril mengeluarkan duit seringgit lama untuk mencari posisi yang setepat-tepatnya sama dengan imej di duit seringgit. Kami semua menghampiri Shahril untuk sama-sama mengambil foto berlatar belakangkan South Peak.

            “Ok dah sampai matlamat aku. Aku hanya nak ambil gambar dengan puncak seringgit ni,” kata Shahril sambil perlahan-lahan terduduk dan terbaring memejamkan mata. Risau jugak aku. Di puncak yang tipis oksigen ni dia lelap mata. Karang tak bangun langsung baru tau.

            “Oii! Boleh ke tidur kat atas ni. Tak cukup oksigen ni.”

            Mountain Guide menjawab persoalan aku, “Tidak mengapa tu. Biarkan dia. Penat itu. Lebih baik rehat dari AMS. Nanti bila kita daki turun kita kejut sama dia.”

            Ariff yang dari tadi asyik senyap bersuara, “Ehh, aku pun sakit ni. Cramp hamstring aku ni. Korang pergi dulu. Aku tak sampai puncak takpa sebab dah pernah sampai. Sakit kaki ni.”

            Shereen pun bersuara, “Huh? Baby what is wrong? Comelah kita jalan slow-slow. Sikit lagi tu.”

            “It’s ok. You go follow Rizzy and Sabrina.”

            “Are you sure?”

            “yes, yes. Go.”

            Shereen pun berlari anak untuk berjalan bersama-sama Sabrina yang sudah mula diam akibat kepenatan yang melanda. Aku masih di belakang mereka berjalan bersama Izan yang sedikit pun tak nampak penat. Budak Izan ni muda lagi baru 22 tahun. Memang masih mangkor budak ni. Panjat naik turun angkat beg semua. Memang hebat orang Sabah. Di keliling kami kedengaran pendaki-pendaki lain yang masih berjalan perlahan-lahan menuju puncak yang paling tinggi, Low’s Peak. Ada Mountain Guide yang lain sedang bernyanyi. Aku bertanya, “Lagu apa diorang nyani tu Izan?”

            “Oh.. itu lagu pendaki tu. tajuknya Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.”

            “Oh ya?..... Errr… ajar sama saya lirik lagu tu boleh?”

            “Ahhh… liriknya panjang bah.”

            “Tak mengapa. Satu rangkap pun jadilah.”

            “Ok begini bunyinya,… Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Lihat dari jauh rindu padamu ….. ok?”

            “Ok sangat tu. Kalau banyak-banyak pun tak cukup oksigen dalam otak aku nak ingat.”

            “Hahhhh, apa lagi? Nyanyilah,”

            Aku pun mengulang, “Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Rindu padamu lihat dari jauh. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Rindu padamu lihat dari jauh. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Rindu padamu lihat dari jauh. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Rindu padamu lihat dari jauh. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Rindu padamu lihat dari jauh. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Rindu padamu lihat dari jauh. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayangku padamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Rindu padamu lihat dari jauh…..”

            “Ehhhh…. Rizzy happynya dia.” Senyum si Sabrina.

            Dengan nyanyian lagu yang menggembirakan dan pernafasan aku yang masih stabil, aku meneruskan perjalanan dengan lebih laju memotong Sabrina dan Shereen. Apabila kami sampai di kaki puncak Low’s Peak kami duduk berehat sebentar. Izan muncul dengan muka yang tidak memberangsangkan, “Ini kita dah nak sampai 7 pagi ni. Rasanya tak sempat nak panjat penghujung ni.”

            “Apa? Aku dah penat-penat panjat hampir 15 jam dari semalam kau kata aku kena patah balik? No, No. Brother. Aku harus naik puncak,” marah aku. Izan cuma terdiam kerana terasa kebenaran di dalam keluhan aku.

            “Actually, Rizzy, I dah sakit dada ni. I berhenti di sini sajalah,” sedu si Sabrina.

            “Betul ke? Sakit dada? Sikit lagi ni.”

            “Takpelah. Kan Mountain Guide dah kata bila dah sakit dada kena stop.” Izan mengangguk tanda setuju. Shereen sudah pun mula memanjat penghujung puncak dengan kedua tangan dan kedua kakinya sebab dia tidak berhenti menunggu Sabrina.

            “Ok you tunggu sini. Biar I naik, then I will come and get you.” Aku meneruskan perjalanan bersama Izan. Di penghujung ini tidak lagi menggunakan kayu panjat ataupun tali. Hanya yang tinggal kepakaran menggunakan tangan dan kaki memanjat bebatuan longgokan yang tinggi dan besar. South Peak tadi memang kelihatan seperti puncak gunung. Tetapi Low’s Peak seakan-akan longgokan batu besar yang banyak. Shereen sudah pun sampai ke puncak menjerit-jerit padaku, “Woi! Cepatlah. Ranger ni dah kasi chance you naik ni. Dah terlepas 7 pagi dah ni. Tengok tu kabus dah sampai.”

            Aku menoleh ke arah tunjukkan Shereen. Ya memang ada segumpulan kabus sedang menuju ke arah Low’s Peak. Sekarang ini kabus menyelubungi Donkey’s Ears peak yang berbentuk telinga keldai. Di seberang sebelah lagi satu kelihatan puncak yang berbentuk kepala Gorilla. Namanya pun Gorilla’s Peak. Izan sudah pun sampai ke puncak kerana kepakaran memanjatnya. Aku masih terpinga-pinga mencari ruangan sesuai untuk aku meletak kaki dan tonjolan batu yang mudah untuk aku capai dengan tangan. Setelah bertungkus lumus memanjat bebatuan yang kasar dan sukar, akhirnya sampai jugak aku ke puncak paling tinggi, Low’s Peak di tahap ketinggian 4,095.2 meter dari paras laut dalam masa 15 jam 15 minit. Jam di tangan menunjukkan 7:15 pagi.

            “Hahhhh!!!!!!! Aku dah sampai!!!” jerit aku. “Izan, tolong ni ambil gambar aku sama Shereen,” kataku sambil memberi Samsung S4 aku yang baterinya sudah hampir kosong. Izan hanya mampu memetik 5 kali sebelum Samsung S4 memberi isyarat bunyi bateri sudah kong. Nasib baik sempat ambik gambar sebagai bukti yang aku dah sampai ke puncak yang paling tinggi si Asia Tenggara, kalau tak silap.

            Izan terus tanpa membuang masa berkata, “Ok, kita dah lambat ni. Cuba lihat tu orang semua sudah tiada. Mereka semua sudah turun. Tinggal isteri awak tu menunggu. Kita harus pergi sekarang.”

            Memang kelihatan Sabrina terduduk di atas batu jauh di bawah lebih kurang 50 meter. Shereen dan Izan sudah pun turun dari puncak tertinggi. Aku masih terduduk di puncak Low’s bersama ranger. Aku bertanya, “Abang tak turun?”

            “Oh tidak, saya tunggu Encik turun baru saya turun. Kita ranger mesti make sure semua selamat. Tapi saya masih di dataran South Peak itu nanti ada khemah. Selalunya ada pendaki-pendaki yang berkhemas atas ni. Mereka mahu pergi ke semua Peak. South Peak, kemudian Gorilla’s Peak dan akhir sekali Donkey’s Ears.”

            “Oh, macam itu ke? Aku rasa tak nak turun pulak sebab best sangat permandangan di atas ni. Terasa rindu pulak kat puncak Kinabalu walaupun aku belum turun lagi. Badan aku dah tua dah sakit-sakit. Entah lepas ni mampu lagi atau tidak nak mandaki Gunung Kinabalu. Orang biasa naik 10 jam. Aku naik 15 jam. Ni nak turun lagi entah berapa jam.”

            “Kalau naik 15 jam, turun tak menjadi masalah Encik. Rasanya dalam 6 jam sampai kat penghujung Timpohon tu. Satu je masalah turun ni. Kena sampai gate sebelum diorang tutup pukul 6 malam. Lagi satu, kalau ada sandle, lebih elok sebab kalau pakai kasut, siksa menahan bisa hujung jari kaki akibat tekanan turun gunung.”

            Aku melihat kasut Columbia aku. Sudah terbukak luas tapak kasut hampir bersepai koyak. “Aduh macam mana nak turun ni? Kasut dah rosak?”

            “Ini selalu berlaku ni. Ni saya ikatkan dengan tali tapi tak tahan lama ni. Bila sampai di Laban Rata, beli kasut getah hitam yang murah tu. Kasut ni kena buang. Dah kalah dek batu gunung. Biarlah mahal macamana pun. Batu gunung tetap lagi hebat,” ngomel si ranger tadi sambil mengikat tapak kasut aku sekejap yang mungkin.

            “Terima kasih brother. Ok, gua ucap selamat tinggal kat lu,.. dan juga puncak Kinabalu. Entah bila pula aku nak datang lagi. Mungkin sebab itu lagu Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu tu tadi ada lirik Biru-biru Hujung Kinabalu, Rindu Padamu Lihat Dari Jauh. Selepas ini dari kaki gunung aku hanya dapat melihat hujung Kinabalu yang biru dan bila aku rindu, aku hanya lihat dari jauh. Inilah pengalaman Hari Malaysia yang tak dapat aku lupakan.” Jam di tangan menunjukkan 7:30 pagi bertarikh 16 September 2013. Sungguh enak kenikmatan menjadi manusia. Di dalam kelemahan fizikal manusia itulah terletaknya kepuasan apabila kelemahan itu dicabar dan dikalahkan dengan kejayaan. Mungkin dengan adanya kelemahan itu manusia dapat menghayati keindahan dan nikmat hidup pemberian Tuhan.
            “Encik, salah lirik lagu tu. Sepatutnya berbunyi Lihat Dari Jauh, kemudian barulah Rindu Padamu,” kata ranger. Bagi aku, salah ke betul ke, aku akan tetap rindu pada Gunung Kinabalu.


* * * * *
 



* kopihangtuah




| mcmlxxv:viii:xxix |