Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts

16 September 2019

Artist's Impression of the Pemahsyuran Malaysia (Declaration of Malaysia)



PEMAHSYURAN
by Johan Ishak
2013
60cm x 90cm
Oil Paint and Ink on Canvas 

This art piece highlights the Pemahsyuran Malaysia, which is the Declaration of Malaysia, where it declares the formation of Malaysia in 1963. Whilst the Wayang Kulit (Shadow Puppet) in this piece is of Indonesian origin, it has relevance to the declaration of the formation of Malaysia. This is because Indonesia was opposed to the idea of Malaysia as they were promoting their own idea of a Malay archipelago, known as the Indonesia Raya. The Pemahsyuran Malaysia was written in Jawi, the land's method of expressing its language, Bahasa Melayu. Parts of the Jawi wordings of the Pemahsyuran Malaysia has been reproduced here in the art piece. It reads: "Bahawasanya, oleh kerana suatu perjanjian yang diperbuat pada sembilan Julai, tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga (1963), disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak, Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu dan bahawa persekutuan ini hendaklah dinamakan Malaysia", which means "It is declared following an agreement done on the 9th of July 1963, a merger of the states of Sabah, Sarawak and Singapura into the Federated Malay States is effective and such merged states shall be known as Malaysia"

07 September 2019

Benteng Terakhir Dunia Melayu : Oleh Ninot Aziz


BENTENG TERAKHIR DUNIA MELAYU

Orang kita dah membelah lautan
Luas saujana mata memandang
Bintang di langit menjadi panduan
Tahu tujuan sekali pandang

Dah lama kita kenal darah putih
Tib ubat dan adat berpantang
Dah lama kita berhati bersih
Jangan dibiar di pijak-pijak orang

Orang kita beramah mesra
Menghidang lauk penuhlah meja
Rakan taulan dianggap keluarga
Ambillah semua apa dicita

Lama-lama bertukar kain
Kain batik menjadi kain kasa
Lama-lama kita ke lain
Bumi dipijak milik siapa

Jangan ikut Mat Jenin berangan
Memanjat kelapa mulalah gayat
Jangan Dunia Melayu jadi kenangan
Dalam korpus memori Hikayat

Terkubur benteng terakhir Dunia Melayu


Copyright 2019 © Ninot Aziz
All rights reserved.

31 August 2019

Kelahiran Merdeka, Firasat Penggiat Seni



KELAHIRAN
Johan Ishak
2013
60cm x 90cm
Cat minyak atas kanvas

KELAHIRAN menggambarkan Merdeka di dalam konteks yang lebih pragmatik. Tiada maknanya Merdeka jikalau secara zatnya masih hamba di bumi sendiri. Oleh itu, biarlah perlakuan kita wajar dalam makna Merdeka. Setakat hendak melaung di sana-sini, dan penat menjerit; buat apa? Usaha gigih sampai memegang hak itu penting. Ilmu, ekonomi dan keharmonian kepelbagaian itu mustahak. Dengan sebab inilah, secara logiknya bintang itu di belakang bulan kerana bintang yang di hadapan bulan itu, bukannya bintang, tetapi bayangan bintang (contohnya satelit). Jalur merah bukannya secara realiti kemas, tetapi 'chaotic' kerana lambang keberanian itu umpama mengalirnya darah. Dengan itu, lukisan cat ini memenifestasikan darah yang mengalir. Biru perpaduan tidaklah sesenang 'rectangular', tetapi umpama hujan yang turun, ada kala renyai, ada kala lebat. Begitu juga dengan hubungan antara masyarakat majmuk. Seni aku ini praktikal. Mungkin ramai yang tidak setuju. Tidak mengapa. Terpulanglah dengan firasat masing-masing. Terserahlah. Apa-apa hal, Selamat Merdeka kepada rakyat Malaysia, dan 'You Will Never Walk Alone'


01 January 2019

Budaya Harta Intelek (IP)

Oleh Johan Ishak
www.kopihangtuah.blogspot.com


HARTA INTELEK, atau lebih dikenali sebagai Intellectual Property (IP), adalah satu terma yang tidak asing bagi produk kandungan dan hiburan di dalam industri kreatif negara. Ianya merangkumi pelbagai segmen seperti filem, animasi, program TV, muzik, fesyen, kraftangan, kesusasteraan, seni visual, seni persembahan teater dan banyak lagi. Malah, industri-industri yang lain juga mempunyai IPnya seperti industri sains dan teknologi, teknologi maklumat, pertanian, pendidikan dan sebagainya.

Dari segi komersil, IP seringkali merangkumi majoriti nilai aset sesebuah perniagaan kandungan. Sebagai contoh, filem, muzik, produksi tv, permainan video, aplikasi digital dan sebagainya. Nilai aset ini berputik dari pelaburan ke dalam kos pembangunan IP-IP tersebut. Kemudian, secara aktuari, penilai bertauliah akan membuat suatu set andaian dimana potensi jualan hak IP di masa hadapan dapat dianggar untuk tempoh hayat komersil IP tersebut. Dari situ, berdasarkan 'Kos Pendapatan Peluang' (Opportunity Cost), jualan potensi tersebut akan dinyah kompaunkan balik kepada waktu semasa untuk mendapat nilai IP tersebut.

Sesuatu peniagaan perlu memberikan pulangan yang lebih berbaloi dari pelaburan ke dalam unit amanah ataupun simpanan tetap bank. Makna kata, jika pulangan dari unit amanah adalah 7% setahun, maka pulangan untuk perniagaan perlu lebih tinggi dari 7% setahun. Berbalik kepada hal nyah kompaun tadi, andaikata 10% adalah pulangan yang dianggap berbaloi, maka itu lah Kos Pendapatan Peluang. Dengan ini, apa-apa potensi jualan di masa hadapan bolehlah dinyah kompaun ke waktu semasa untuk nilai IP yang saksama.

Secara logik, menggunakan andaian 10% setahun tadi, setiap RM1 perlu mendatangkan 10% pulangan setahun untuk setiap tahun di dalam jangka hayat IP tersebut. Sebagai contoh, pelaburan ke dalam pembikinan filem sebanyak RM10 juta perlu memberi pulangan RM10 juta untuk membayar balik kos dan juga lebihan RM1 juta setiap tahun selama mana ianya boleh diperah. Ini adalah berdasarkan matematik mudah. Jika dimasukkan elemen kompaun, setiap tahun ekspektasi pulangan lebihan akan meningkat dari RM1 juta setahun ke jumlah yang lebih tinggi.

Sistem penilaian dan pendaftaran IP sudahpun wujud di Malaysia di bawah kelolaan Malaysian Intellectual Property Organisation (MyIPO), dimana, penilaian aset IP ini dapat digunakan sebagai pengiktirafan kukuh nilai aset yang membolehkan cagaran di bank bagi peluang pinjaman bank. Sayangnya, kebanyakan bank komersil masih alah (allergic) kepada perniagaan yang bertulang-belakangkan IP. Setakat ini, cuma agensi-agensi Kerajaan seperti MyCreative Ventures dan Malaysian Debt Ventures sahaja yang menerima penilaian IP sebagai aset yang boleh diterima-pakai untuk tujuan cagaran pinjaman kewangan perniagaan.

Budaya IP masih lemah dari pelbagai aspek. Lemah dari segi pengiktirafan. Lemah dari segi pelaburan kewangan. Lemah dari segi pengawalan hak cipta. Lemah dari segi pengstrukturan transaksi perniagaan. Lemah dari segi implimentasi hak undang-undang. Lemah dari segi penghormatan. Lemah dari segi pendidikan. Kesemua kelemahan ini perlu dicari remedinya. Pihak Kerajaan serta swasta perlu sama-sama berganding bahu memperhebatkan lagi dunia IP ini terutamanya dari segi pembenterasan lanun- lanun durjana yang bermaharajalela di atas pentas samudera internet dewasa kini.

Pihak-pihak seperti Polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), MyIPO, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) perlu memberi sokongan padu bersama syarikat-syarikat media seperti Media Prima dan Astro untuk menghukum dengan setimpalnya lanun-lanun IP durjana tersebut. Ini termasuklah konsumer-konsumer yang juga bersifat seperti lanun. Perkara ini bukannya baru diwujudkan. Malah, Malaysia adalah ahli kepada Konvensyen Berne yang menjadi rujukan antarabangsa bagi semua hal-hal IP.

Baru-baru ini terdapat banyak peristiwa peng'lanun'an IP dimana rakyat Malaysia masih gagal menghayati 'Budaya IP'. Sebagai contoh, ada dikalangan kita masih merakam filem di dalam panggung wayang dan mengongsinya di laman Facebook. Ada juga penjualan Set-Top Box swasta yang sewenang-wenangnya meletak kandungan TV ke atas platform mereka tanpa persetujuan ataupun hak yang sah dari segi undang-undang. Pendek kata, mereka ini adalah lanun yang durjana. Marilah kita sama-sama memerangi lanun IP.


Lanun Penghancur Industri Kreatif Malaysia

Oleh Johan Ishak
www.kopihangtuah.blogspot.com


WARGA PENONTON KANDUNGAN TELEVISYEN atau filem, tidak kira di kaca televisyen, di panggung wayang ataupun di platform internet dan media sosial, seharusnya mengambil maklum, jika anda menonton di platform-platform lanun, anda adalah perompak juga. Ini adalah dilarang dari segi undang-undang dan tindakan boleh diambil oleh pihak penguasa kepada pengguna dan juga lanun-lanun berdasarkan Konvensyen Berne dimana Malaysia adalah ahlinya.

Jika di United Kingdom, pihak polis dapat mengesan pengguna yang mencabul harta intelek melalui internet dan hukuman dikenakan dengan setimpal termasuk hukuman penjara dan saman. Di Malaysia, ini perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan secepat mungkin. Pihak penonton digalakkan untuk melaporkan mana-mana laman lanun kepada pihak penguasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Organisasi Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan juga kepada pemilik kandungan seperti Media Prima dan Astro.

Penonton seharusnya membantu industri kreatif Malaysia dengan menentang cetak rompak dan platform-platform lanun dan bukannya terus menonton sesuka hati. Jika penonton terus memberi sokongan terkutuk ini, maka hancurlah nanti industri kreatif Malaysia. Dengan bersikap tegas, anda dapat membantu pengiat seni industri tempatan untuk terus mencari rezeki. Apabila penonton menonton di platform yang sahih, bayaran royalti akan mengalir dari platform-platform tersebut kepada pemilik kandungan. Tambahan pula, pengiraan penonton di televisyen contohnya, memberikan statistik sihat dimana wang pengiklanan juga akan mengalir kepada pemilik stesen televisyen.

Pengaliran ekonomi yang sihat dari penonton dan pengiklan membolehkan pemilik kandungan dan stesen televisyen untuk terus mempunyai keupayaan modal untuk membayar artis-artis dengan sewajarnya. Pendapatan yang sihat ini menggalakkan pertumbuhan sumber rezeki pengiat-pengiat seni. Apabila dibayangkan berjuta-juta wang Ringgit yang tertiris kepada lanun, tidak hairanlah jika wang yang halal kepada pengiat seni semakin lama semakin berkurangan. Hal ini seumpama dengan gaji bulanan anda yang dirompak dengan sewenang-wenangnya. Kita perlu perangi perompak sedemikian.

Contoh platform lanun adalah seperti yang tertera di dalam pesanan Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, kepada laman lanun pada 5 November 2018 seperti berikut, "Kepada Admin Facebook Kepala Bergetar dan Instagram @kepalabergetar. Sila padamkan semua kandungan yang berkenaan dengan TV3, TV9, ntv7 dan 8TV. Jika pihak kami masih menjumpainya, kami akan ambil tindakan undang-undang berdasarkan tuduhan cetak rompak harta intelek kami"

Banyak lagi kesilapan-kesilapan yang diperlakukan oleh warga umum. Jika 10 tahun yang lepas, cakera padat (CD) cetak rompak berleluasa di pasaran, kini teknologi membolehkan kelakuan baru seperti merakam persembahan di konsert atau filem di pawagam. Ada diantara mereka meletakkan rakaman tersebut di media sosial seperti Facebook, YouTube dan Instagram. Jika rakamannya hanyalah beberapa minit sahaja, mungkin ianya dapat dimaafkan kerana ianya mempunyai sifat promosi percuma kepada pengusaha kandungan. Tetapi ada kes dimana keseluruhan filem atau episod drama telah dicabul.

Apabila ditemubual, Datuk Izham Omar, selaku Pengerusi Forum Komunikasi dan Kandungan Multimedia (CMCF) berhasrat untuk mengetengahkan hal ini secara serius kepada Pengerusi SKMM agar pihak Kerajaan dapat menggubal polisi dan rangka tindakan penguatkuasa yang lebih efektif dalam membenteras lanun industri. Menurutnya lagi, peranan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Primework Studios adalah untuk menjaga harta intelek kandungan Media Prima Berhad. Apabila dikaji, laman-laman lanun yang dibenterasnya pada bulan Ogos dan September 2018 menjangkau ratusan laman yang mendapat tontonan umum setinggi 40 juta tontonan. Ini amat menyedihkan industri kreatif tanahair kerana tirisan tersebut adalah penghancur sumber rezeki industri.

Oleh itu, marilah ramai-ramai kita membenteras lanun-lanun durjana tidak kiralah di internet, di media sosial mahupun CD cetak rompak. Sesungguhnya kegiatan lanun adalah se'dosa' dengan perompak, pencuri dan jenayah-jenayah lain. Semestinya sikap lanun ini hina dari segi undang-undang mahupun agama. Rakyat Malaysia secara amnya dan Kerajaan Malaysia secara khususnya perlu bertindak dengan kadar segera sekiranya mahu memperkembangkan industri kreatif negara dengan pengaliran ekonomi yang sihat dan halal.


12 August 2018

Saifuddin Nasution Berbicara Tentang GST dan SST



www.kopihangtuah.blogspot.com





Video 1


Video 2


Video 3


Video 4


Video 5


Video 6


Video 7


Video 8


Video 9


Video 10


Video 11


Video 12


Video 13


Video 14


Video 15


Video 16


Video 17







* kopihangtuah





| mcmlxxv:viii:xxix |


14 June 2018

Jangan Salah Konsep Televisyen Tontonan Percuma




www.kopihangtuah.blogspot.com






Oleh Johan Ishak

WAHAI RAKYAT MALAYSIA (dan Singapura dan Brunei Darussalam) yang kami hargai. Kita ini adalah negara kapitalis terkawal dan bukan komunis. Bila ada stesen televisyen (TV) tontonan percuma atau "free-to-air" (FTA), maksudnya kita tidak perlu membayar fi subskripsi (Subcription Fee). Hanya iklan yang boleh mendatangkan wang untuk stesen TV. Maka tidak perlu mempertikaikan mengapa banyak iklan di waktu siaran.

Jikalau stesen TV tidak mengiklan di waktu siaran, stesen TV tidak akan mendapat kewangan yang berbaloi untuk membayar gaji,  membayar produksi drama, membayar teknologi siaran, malah tidak dapat membuat untung setimpal sebagai suatu unit perniagaan. Jangan sampai kena buat Tabung Harapan TV pulak? (Hanya melawak).

Sepatutnya jika penonton tidak mahu tengok iklan, boleh sahaja langgan di pelantar rancangan berbayar seperti tonton.com.my (ada ruangan percuma dan ruangan berbayar RM10 sebulan), iFlix (RM8 sebulan), Netflix (RM42 sebulan), DimSum, VIU dan sebagainya. Di negara asing, stesen TV berbayar (Pay TV atau Cable TV) yang kena dibayar subskripsi tidak ada iklan. Mungkin itu satu konsep yang perlu diketengahkan?

Apabila pihak stesen TV mahu manarik pengiklan, satu konsep sukatan, iaitu CPM, digunakan, dimana secara ringkasnya, untuk setiap RM1 duit iklan, pengiklan mahu sebanyak penonton yang boleh. Jikalau stesen TV menyiar dokumentari 1,001 Penggunaan Pokok Kelapa, sebagai contohnya, ramai penonton akan tidak endah. Maka konsep CPM tadi akan hancur ke laut dan tidak dapatlah duit iklan.

Apabila stesen TV menyiar drama "ustaz kawin pelacur", berduyun-duyun orang menonton sehinggakan apabila ada yang tersangkut di dalam 'trafik jam' untuk balik kampung semalam memaksa diri untuk melanggan tonton.com.my hanya untuk menyaksikan 'finale' siri drama TV3 bertajuk Nur melalui telefon bimbit.

Ada yang kecam jalan cerita seperti ini tetapi ramai juga yang menghargai nilai pengajaran 'berbaik sangka dan menolong sesama insan' yang dimenifestasikan oleh drama tersebut sehinggakan hampir 10 juta rakyat Malaysia (30% penduduk Malaysia) menonton siri Nur tersebut. Pihak pengurusan stesen TV3 amat berterima-kasih kepada rakyat Malaysia. Ini adalah sukses yang memberangsangkan sepertimana yang dialami di waktu penyiaran drama siri Nur Kasih hampir 10 tahun yang lalu.

Drama-drama yang menyayat hati seperti inilah yang membuat stesen TV seperti TV3 menjadi pilihan utama rakyat terutamanya surirumah yang 'membawang' (menjadikan drama sebagai bahan sembangan hangat). TV3 adalah stesen TV nombor 1 Malaysia kerana mendapat sambutan penonton yang memberangsangkan melalui rancangan-rancangan drama di slot Akasia (7 malam), Samarinda (10 malam), Cerekarama (9 malam), Dahlia (7 malam), Lestary (9 malam), Zehra (9 malam) dan juga Iris (6 petang).

Tidak dilupai juga 'talk show' seperti Malaysia Hari Ini (MHI) dan Borak Kopitiam, Buletin Utama, Jejak Rasul, Majalah 3, 999 dan banyak lagi yang menjadi ikutan ramai rakyat massa. Tanpa penonton, pihak stesen TV tidak dapat menghasilkan keberkesanan iklan. Tanpa keberkesanan iklan, hilanglah punca pencarian stesen TV untuk membiayai ratusan pekerja di stesen TV. Inilah formula ekonomi yang perlu difahami oleh rakyat. Semoga rakyat tidak lagi meroyan mengenai iklan-iklan di TV. Akhir kata, Selamat Hari Raya dari kami semua di TV3, TV9, 8TV, ntv7, tonton.com.my, xtra.com.my dan CJ Wow Shop.





* kopihangtuah





| mcmlxxv:viii:xxix |

13 June 2018

Bicara Hutang Negara





www.kopihangtuah.blogspot.com




Bicara Hutang Negara Part I
By Abdul Rahim Hilmi Zakariya


MEDIA seharusnya menjadi medium mendidik, bukan merendahkan akal rakyat. Kesimpulan kepada video pihak media baru-baru ini, pinjaman kepada Jepun kononnya akan mengurangkan hutang kerajaan. Katanya kerajaan sekarang berhutang RM1 trilion dengan kadar faedah 6% - 7.5%. Maka bunganya sahaja RM60 bilion. Jika Jepun memberi pinjaman dengan kadar faedah 1%, maka bunganya hanya RM10 bilion. Jimat RM50 bilion.

Pertama sekali, biarlah saya sebut betapa tak cerdiknya Tuan yang buat kira kira matematik ini. Secara teorinya, penjimatan dengan jumlah sebesar itu hanya boleh berlaku jika sekiranya Jepun meminjamkan RM1 trilion kepada kita. Mana Jepun nak cari duit banyak tu Tuan-Tuan nak bagi kat kita? Realistiklah. Hutang mereka (Jepun) pun hampir RM40 trilion. Ketika ekonomi Korea diambang kemusnahan tahun 1997 pun, mereka hanya diberi pinjaman USD21 bilion (RM80 bilion) oleh International Monetary Funds (IMF).

24 tahun lalu, Jepun cuma bagi pinjaman 50.3 bilion Yen (RM1.17 bilion) bagi membantu pembinaan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Kut mana nak bagi pinjam sampai RM1 trilion? Dan lagi, pinjaman hutang luar di dalam matawang asing hanya boleh dibuat pada kadar maksimum RM35 bilion pada satu-satu masa. Sila rujuk Akta Pinjaman Luar Negeri 1963. Setakat ini, pinjaman luar Kerajaan di dalam matawang asing adalah sekitar RM20 bilion. Paling tinggi kita boleh terima pinjaman Yen Jepun adalah RM15 bilion.

Seterusnya, memukulrata pinjaman kerajaan berkadar faedah 6 hingga 7.5% adalah jahat. Pinjaman paling kontroversi Kerajaan adalah  daripada kerajaan China melalui Exim Bank yang mana kadar faedahnya adalah 3.25% untuk pembinaan East Coast Rail Link (ECRL). Ia cuma tinggi sedikit berbanding pinjaman Jepun untuk pembinaan KLIA (3%). Kadar faedah paling tinggi (yang saya tahu) dibuat oleh Kerajaan Malaysia daripada negara luar adalah pinjaman daripada Kerajaan Perancis bagi pembinaan Stesen Janakuasa Paka pada tahun 1983. Kadar faedahnya adalah 10.6%. Cukuplah projek membodohkan rakyat ini. Bersikap adillah kepada kawan dan musuh.



Bicara Hutang Negara Part II
By Najib Saahari


TUN MAHATHIR baru-baru ini ada bercakap pasal nak buat loan dari Jepun. Pihak media segera keluarkan explanation pasal hutang itu. Cepat betul.

Anyway, kita letak politik ke tepi dan marilah kita jawab artikel tu. Pertamanya saya nak memperbetulkan fakta separa benar yang dikeluarkan pihak media itu. Interest rate untuk hutang negara tidak sampai 6% -7.5%. Paling tinggi pun 5% lebih sikit. Mana datang 6% -7.5% tu? Sebab dia kira Private Public Partnership (PPP) sekali. PPP tu kira sekali keuntungan concession holder. Kedua, dalam video tu cakap kalau kita boleh jimat RM50 bilion kalau kita rollover kesemua hutang kita. Undang-undang tidak membenarkan hutang luar melebihi RM35 bilion (External Loan Act 1963). Macam mana nak rollover RM1 trillion?

Video tu bagitahu yang hutang luar ratenya lebih rendah jadi make sense untuk ambil hutang itu supaya negara dapat jimat kos membayar interest. Ianya betul kalau segala variable lain remain constant. In this case, variable lain tidak constant. Even interest rate itu sendiri tidak constant. Benda ni kita boleh ulas berdasarkan risk to reward ratio. Benda paling basic dalam investment. Jom kita ulas satu persatu.

Interest rate yang dikenakan rendah jika dibandingkan dengan interest rate dalam negara. Kita termasuk dalam kategori upper middle income country so in general kita akan dapat floating term. Floating term basically ikut LIBOR+basis point. LIBOR rate tidak tetap dan boleh berubah. If LIBOR rate naik tahun berikutnya, interest kita akan turut sama naik. Jadi itu satu risk yang perlu kita consider sebelum bersetuju dengan cadangan Kerajaan.

Risiko lain yang perlu dipertimbangkan ialah forex risk. Semua sedia maklum currency berubah setiap hari. Perubahan ini adalah risiko yang perlu dipertimbangkan. Jika Yen Jepun (JPY) naik 5% against Ringgit Malaysia (MYR), jumlah hutang akan naik sebanyak 5% juga. On top of that, nilai interest yang perlu dibayar juga akan naik kerana principalnya telah bertambah. Itu kalau 5% , kalau lebih? Mungkin kita tidak dapat berjimat, malah hutang negara yang bertambah. Untuk makluman JPY ialah safe haven currency. Pelabur suka membeli JPY, ini akan mengakibatkan JPY akan menaik di masa hadapan. Mengikut analisa, JPY masih lagi punyai ruang untuk menaik dan sekarang JPY memang berada di dalam jajaran menaik. Itu risk lain yang perlu juga diambil kira.

Jika kita rollover semua hutang kita, kita akan bergantung penuh kepada Bank of Japan (BOJ). Sebarang keputusan yang dibuat oleh BOJ akan mempengaruhi kita. Jika BOJ naikkan interest rate, JPY akan appreciate dan kedudukan kita akan terjejas. Basically macam hilang kedaulatan kewangan lah. Kita tidak mampu berbuat apa-apa jika BOJ decide macam tu. As for me, this is the worst thing that could happen to our country. Doa dijauhkan.

So berdasarkan point-point di atas, pada saya risikonya lebih tinggi berbanding reward interest rate rendah. For those who managed fund, they will know right away what to do if the risk is more than the reward - Buang proposal dalam tong sampah. Fakta ringkas - Tiada negara bankrap disebabkan oleh hutang dalam negara dan Greece dan Venezuela bankrap sebab hutang luar negara.


Rujukan:






* kopihangtuah





| mcmlxxv:viii:xxix |



09 July 2017

To BM or Not to BM




www.kopihangtuah.blogspot.com





"Kepada rakyat Malaysia yang tidak tahu Bahasa Malaysia, anda tidak layak menjadi warganegara Malaysia!.....  "  - a provocative statement in a facebook status



NATIONALISTIC (or not) is the statement, "Kepada rakyat Malaysia yang tidak tahu Bahasa Malaysia, anda tidak layak menjadi warganegara Malaysia!" (To those Malaysians who do not know his/her own National Language, Bahasa Malaysia, they should not call themselves Malaysians)? To be honest, I may be in a dilemma because I do have many Malaysian friends who are good citizens but do not know how to speak or write in Bahasa Malaysia or popularly known as simply BM. In fact some of them are not Chinese or Indians and are Malays. In fact, I also worry that my own kids may not be able to speak or write in Bahasa Malaysia because they are sent to English medium schools. And,.... I am also nervous that I am writing this article in English rather than in Bahasa Malaysia!!. So, where do we put our opinons on this subject matter?

That particular statement (mentioned earlier) was purposely put on a Facebook status to provoke opinions from many Malaysians. I must say that as much as I have anticipated some of the responses (for or against), I also felt surprised that Bahasa Malaysia has not been put at a dignified position in the minds of many (Malaysians). It has been put as "optional" mode to many Malaysians where even if they do not know the language, they do not feel that their lives would be affected. By right, English is a second language to Malaysians; but in reality, those in urban areas, take it as first language (I am also guilty). As I progressed in the corporate world, I find myself dealing with Government officials more and more. Hence, I am forced, or rather obliged, to use Bahasa Malaysia when conversing with the Government officials. That word "obliged" or "forced" that I had just used is so, so wrong. As a citizen of Malaysia, I should not feel that way. I should feel comfortable enough to discuss official matters in Bahasa Malaysia, "the" National Language.

Not too long ago many critisms were thrown at our Deputy Prime Minister, Dato' Sri Zahid Hamidi, because of his less than smooth English presentation at an International event. Sure, I agree that he should have just used a translator like his Japanese or Chinese counterparts. But surely we can all agree that it is understandable that his English is not that good when it is not his mother tongue? In that case, why are we criticising? Have we not heard the accents of other nations' officials who did not use translators but still insist in using English although their accents are horrible? I can name a few: Jamaica, France, Indonesia and many more.

One of the comments that I received in the Facebook as a result of the abovementioned statement is this, "Eventhough you are good in Bahasa Malaysia, have you done enough for the country? What is the use of being fluent in the National Language when you are just eyeing for subsidies and the like? What about those who prefer to express in other languages but yet give their all to the country? Don't judge a person's loyalty and/or patriotism by the language they converse in. Better yet, don't judge at all!" There are many truths in that series of comments and I agree with all. However, do we just forget Bahasa Malaysia altogether even if we are good citizens? Do we not care about our heritage and culture? I wonder whether Hang Tuah's "Takkan Hilang Melayu di Dunia" (Malays will not be forgotten) will be invalid in the case of the language itself.

Many also said that we should always look at substance over form. The former (substance) relates to the deeds of a citizen and the latter (form) relates to physical matters such as language. Yes, substance over form is good but surely we cannot entirely ignore the form? You must know how to read and write the National Language but not necessarily at a superb proficiency level. When a foreigner asks a Malaysian, "Do you know how to say (certain words or phrases) in your National Language?", surely you cannot say, "Sorry I do not know my country's National Language". This is just like how the Americans and the Australians require certain level of English proficiency before you can become a citizen or even a Permanent Resident. In fact, when I was in an Australian university some 20 over years ago, I was failed by my lecturer not because of my facts (substance), but because my English (form) was horrible. I got Distinction (But Fail unless Pass English Summer School). I had to go to Summer School - and passed.

Perhaps the context of the statement (in the Facebook status) has been perceived to be too extreme but, again, we cannot ignore it 100%. Malaysians are lucky that the Government (Malaysian) did not force us to really, really use Bahasa Malaysia in our daily lives, both official or not. In Indonesia the Chinese speaks fluent Bahasa Indonesia and even have Indonesian names like Wirianti, Suprianto and what not? Sometimes I cannot tell the difference between a Malay Indonesian or a Chinese Indonesian. Now in Malaysia we have the privilege of not being forced as such; and what do we do? We ignore it altogether. Surely that is not good for the nation?

As mentioned earlier, I do agree that Malaysians who cannot speak or write in Bahasa Malaysia are not less of Malaysians than those who can speak Bahasa Malaysia. It is, of course, what we do that matters to show our support for the nation. Nationalism or patriotism can be measured in other ways apart from the use of language. However, we must not ignore it totally. We must at least put effort to master the National Language. We may not be really, really good at it in the proficiency scale, but at least we can tell foreigners that, "Yes we do know how to speak and write our National Language."

Whilst we put efforts to maintain the dignity of the National Language, we are commercially pushed to master English Language for the sake of globalisation and internationalisation of the professional work that we do. There is no harm in learning many languages. The Malaysian Chinese and Indians know how to speak 3 languages (assuming they can speak Bahasa Malaysia and their tongue of origin - China and India). The Swiss can speak German, Italian and French. The entire Miami speaks Spanish but when asked in English, they will reply in English. A national language is what keeps us together just like how a nation's flag or a national anthem do. It is a sense of belonging. A focal point of reference to remind ourselves that we are Malaysians. Our hundreds of years of open immigration policy has led at least 2 major ethnic groups to be assimilated into the citizenship of the nation - namely from China and from India. Imagine, one day, if the Bangladeshis and the Rohingyas are accepted as citizens of Malaysia? Do we still want them to only stick to their own languages or would we also ask them to learn Bahasa Malaysia?

Finally, I would like to remind Malaysians that our nation is a young one. We are only going to celebrate our 60th independence anniversary this 31st August 2017. What have we as a nation gone through over the past 6 decades? Our first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, was pretty much concentrated in establishing the nation's sovereignty matters - matters such as battling communism and apartheid; and such. The subsequent Prime Ministers, Tun Razak and Tun Hussein, were great at abolishing poverty and assimilating citizens of all walks of life. Tun Mahathir and Tun Abdullah were championing the country into internationalisation - the former on modernisation and the latter on moderation of Islamic values.

After all these, we are now faced with the urge to transform from a Developing Nation to a Developed Nation and we will need to support the current Prime Minister, Dato' Sri Najib, to realise this in whatever way we can as citizens. What does a Developed Nation has if we are to benchmark? A Developed Nation has Identity, a strong Identity. What are the building blocks of Identity? I must say, Culture. What is a Culture of a nation without common elements for all citizens to grab hold onto? We need that common element. I say, let us start with strengthening the acceptance and appreciation of our very own National Language, Bahasa Malaysia.



* kopihangtuah





| mcmlxxv:viii:xxix |















10 March 2017

Belaskah Kita?



www.kopihangtuah.blogspot.com





Apabila kesinambungan pewarisan Belas ini putus, bala akan menimpa kita semua. Adakah ini yang kita mahu sebagai pengakhiran hidup sebelum kita berangkat untuk menikmati Belas dari Tuhan? Terserahlah


BELASKAH KITA? Di dalam hidup ini ada satu fenomena yang menyambungkan sesama kita insan, hidup atau mati; dan juga dengan alam, warisan, haiwan dan Tuhan akhirnya. Fenomena ini adalah perasan Belas. Ini adalah satu kaedah yang menyatukan kita tanpa perlunya kita berinteraksi samaada melalui sentuhan fizikal, internet, suara, lisan atau lukisan. Ia cuma perlu diwujudkan di sanubari.

Sememangnya sudah ada bukti biologi bahawa apabila perasaan Belas itu dirasai oleh seseorang, badannya akan menghasilkan hormon-hormon yang membangunkan kesihatan. Sebaliknya, apabila kita sedih dan muram, hormon-hormon yang durjana akan dihasilkan (oleh tubuh kita). Sudah banyak juga cerita-cerita ajaib dimana pesakit barah pulih melalui penghasilan elemen-elemen kegembiraan di dalam hidup mereka.

Apabila perasaan Belas itu diradiatkan kepada alam, maka wujudlah sikap mahu menjaga kebersihan sungai, laut dan sebagainya. Dari mana datangnya polisi Hijau? Sudah tentu dari kesedaran untuk membersihkan Bumi kita. Dari mana datangnya kesedaran ini? Sudah tentu dari keinginan untuk menjaga Bumi yang kita sayang. Ini adalah Belas.

Apabila disalurkan perasaan Belas itu kepada haiwan, terjagalah kebajikan mereka. Manusia kebanyakannya suka menyimpan haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, hamster dan sebagainya. Apabila haiwan-haiwan ini menyedari Belas yang kita sampaikan kepada mereka, maka berlembut dan manjalah haiwan tersebut kepada manusia. Ini adalah Belas balasan dari haiwan.

Apabila dinostalgiakan Belas itu kepada zaman lampau, teringatlah kita kepada insan-insan yang telah pergi dan berkembanglah sikap pembelajaran dari sejarah. Ini menjadi pemangkin untuk penerapan dan juga konservasi elemen-elemen warisan dan jati bangsa. Kita selalu berkata "Belajarlah dari sejarah". Sebabnya ialah untuk bersatu semula dengan masa lampau.

Belas sesama insanlah yang menjadi sumber kekeluargaan, persahabatan dan pencintaan sesama manusia. Maka tidak hairanlah mengapa kita memanggil anak-anak kita Belasan apabila mereka memerlukan kasih sayang yang kritikal sebelum menjadi dewasa. Belas sesama insan lah menjadi faktor mewujudkan NGO-NGO seperti National Cancer Society, Kitchen Soup, Unicef, WWF dan banyak lagi. Dengan Belas inilah kita menaruh harapan.

Konsep Belas ini juga sudah menjadi berkurangan dewasa ini. Semakin ramai insan yang bercanggah dengan fenomena murni ini. Mereka sering memaki sesama sendiri terutamanya di media sosial. Mereka membenci sesama sendiri. Mereka berperang sesama sendiri. Mereka membunuh sesama sendiri. Kita seharusnya kesal.

Apabila tidak ada usaha untuk mengembalikan Belas, maka makin pudarlah harapan untuk kemanusiaan untuk terus hidup. Apabila kesinambungan pewarisan Belas ini putus, bala akan menimpa kita semua. Adakah ini yang kita mahu sebagai pengakhiran hidup sebelum kita berangkat untuk menikmati Belas dari Tuhan? Terserahlah.



* kopihangtuah





| mcmlxxv:viii:xxix |





19 May 2016

Imam Mahadi Sudah Lahir?



www.kopihangtuah.blogspot.com





Baru-baru ni aku sekat dalam conversation pasal Imam Mahadi. Gementar pun ada jugak. Anyway, ni nak share some conversation piece on the matter:


Ada orang kata Imam Mahadi Melayu.... I have read somewhere .... Bani Ta Mim kononnya. Also read that he will be born when a river dries... somewhere in Turkey or Syria... somewhere there.... I cannot remember the name. Anyway, that particular river dried up in 1975 because of some dam construction I think. 

So if he has been born, he would be around the age of 40 by now if we follow the Islamic calendar; and it was said that he will only know that he is Imam Mahadi at the age when Nabi Muhammad got his first revelation. Which means..... he himself probably just found out or about to find out that he is that messiah sometime in 2016. 

You can see all other signals Qiamat happening - eg. Middle East is already in a World War 3 mode when USA, Russia as well as China have already sent troops, etc. Also, aeroplanes are falling down everywhere. The latest one was an Egyptian plane that crashed yesterday. Then we have the tsunamia and the earthquakes. 

We can also see the prophecy of a Habshi ruling Rome (a metaphore for an African ruling the Western power).... i.e. Obama in the USA. We can also see Bedouins building tall buildings and many more. So we are close. Wallaualam.




* kopihangtuah





| mcmlxxv:viii:xxix |

11 April 2016

Melaka Tidak Tumbang Kerana Keris dan Tombak



www.kopihangtuah.blogspot.com




Baru-baru ini saya ada terbaca di Facebook mengenai pembetulan yang ditegur oleh seseorang terhadap YAB Dato' Seri Najib Razak mengenai betapa terpesongnya pemahaman orang Melayu terhadap sejarah mereka sendiri. Kononnya Melayu dahulunya lebih mundur dari Eropah sehinggakan kemunduran itulah yang menjadi kehancuran empayar Melaka. Rupa-rupanya hal yang sebenarnya jauh dari itu. Kita, Melayu, sebenarnya hebat. Maka dengan perasaan bangga yang baru ini ingin saya jangkitkan kepada Melayu-Melayu yang lain melalui blog ini. Terimalah kandungan status Facebook yang dikatakan itu tadi seperti berikut:


SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN UMNO: MELAKA TIDAK TUMBANG KERANA KERIS DAN TOMBAK

Ke hadapan Pesiden UMNO, merangkap Perdana Menteri sebuah negara yang dibarisi oleh majoritinya adalah orang Melayu iaitu Dato’ Seri Najib Razak. Sebagai seorang presiden parti Melayu, dato' seri harus lebih peka dalam isu ini.

Saya tertarik dengan ucapan DS Najib, setiap kali Dato’ Seri membicarakan mengenai sejarah Melayu, khususnya sejarah Kesultanan Melaka.

Ucapan pertama DS Najib yang membicarakan topik kejatuhan Kesultanan Melaka di tangan Portugis adalah pada tarikh 15 Ogos 2011, dalam majlis FELDA di mana DS Najib mengaitkan kekalahan Melaka itu berpunca daripada penggunaan senjata tradisional seperti tombak, lembing, dan keris berbanding dengan pihak Portugis yang canggih senjatanya.

Pada tahun 2014 yang lalu, saya mendapati bahawa DS Najib mengulangi cerita yang sama dalam ucapan Formula 6K UMNO. Saya menyaksikannya melalui siaran berita jam 7 pagi di saluran RTM TV1, pada tarikh 23 Jun.

Kemudian, DS Najib mengatakannya sekali lagi dalam ucapan perasmian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 6 April 2016 berkata, kejayaan Portugis menakluk Melaka kerana faktor senjata teknologi yang dimiliki ketika itu.

“Pahlawan Melaka telah dikalahkan mereka kerana hanya bersenjatakan keris dan tombak."

Maka, dengan penuh rasa rendah hati, saya berasa terpanggil untuk membetulkan beberapa kesalahan fakta yang saya kira tidak diketahui oleh DS Najib dan juga sebahagian besar rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan DS Najib, sesungguhnya cerita jatuhnya Melaka di tangan Portugis kerana faktor penggunaan senjata tradisional, adalah satu kisah dongeng semata-mata yang harus dihapuskan dalam pemikiran rakyat Malaysia buat selama-lamanya.

Kesultanan Melaka bukanlah calang-calang kerajaan, malah merupakan satu kuasa yang hebat atau “regional power”. Kemegahan pelabuhan Melaka telah membuatkan seorang pegawai Portugis pernah berkata, iaitu Tom Pires ketika menyebut mengenai Melaka.

“Whoever is lord in Malacca has his hands on the throat of Venice.”

Fikirkan kembali, Melaka ialah sebuah tamadun yang berada di tengah-tengah laluan perdagangan dunia dan pada zaman kemuncak, dicatatkan bahawa terdapat 84 bahasa yang dituturkan di pelabuhannya.

Simon Elegant dalam Far Eastern Econmic Review, IO Jun, 1999:45, telah menegaskan tentang Melaka (Terjemahan):

“Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia … Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya.”

Masakan Kesultanan Melaka yang metropolitan ini tidak langsung mengenali senjata api, sedangkan pada zaman yang sama, Kepulauan Jepun yang sedang berada dalam kancah perang saudara ketika era Nobunaga sudah pun mempunyai senjata api. Hall, John Whitney, ketika menulis di dalam The Cambridge History of Japan, Vol. 4: Early Modern Japan menceritakan mengenai divisyen senjata api yang dipunyai oleh Nobunaga dalam kempen Nobunaga menyatukan seluruh Jepun.

Lalu mari kita mulakan perbicaraan kita dengan membicarakan mengenai kejatuhan Melaka itu dulu, lalu bolehlah selepas itu kita memahami bagaimana budaya senjata api orang Melayu yang sebenarnya sudah sinonim dengan orang Melayu pada abad-abad seterusnya.

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.

Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.

Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.

Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.

Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.

Thomas John Newbold, seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan di dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi hub penghasilan senjata api di Semenanjung, manakala Gerisik merupakan hub untuk Pulau Jawa, dan hub untuk Sumatera pula ialah Minangkabau.

Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada di Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai Newbold sudah lama budaya itu itu bertapak di Tanah Melayu. Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan andai dapat melihat pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti Istingar.

Bukan setakat itu sahaja, bukti aktiviti pembuatan senjata api di Pahang telah direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 ATAU 14, iaitu lebih awal daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis.

Seorang pengkaji sejarah iaitu Nicholas Tarling di dalam bukunya The Cambridge History of Southeast Asia pernah membandingkan senjata api Melayu dengan senjata api buatan Jerman yang merupakan senjata api terbaik pada abad ke-15, bahkan diceritakan mengenai kehebatan senjata api Melayu yang dikatakan tidak mempunyai tandingannya, walaupun senjata api Portugis itu sendiri. Turut dicatatkan dalam buku itu mengenai bagaimana meriam-meriam yang disusun di setiap penjuru kota Melaka telah banyak membedal nyawa askar Portugis ketika mereka mula mendarat di bumi Melayu ini.

Kita lihat pula tulisan R. J. Wilkinson, “The Capture of Malacca, A.D. 1511”. Beliau menyebut mengenai beberapa perkataan sepert “Malay gun-fire” dan “heavy fire” merujuk kepada bala askar Melaka ketika itu ketika menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil bahawa orang Melayu kita ketika itu sudah memiliki senjata api.

Diceritakan bahawa ketika askar Portugis cuba memasuki muara Sungai Melaka yang cetek dan berlumpur itu, mereka telah dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata api

Akhir sekali, hayatilah bait-bait Syair Perang Siak yang ditulis menceritakan mengenai perang melibatkan Sultan Siak, Raja Ismail dengan Belanda sekitar tahun 1760-1761. Meski syair ini agak lewat jika dibandingkan dengan peristiwa kejatuhan Melaka, tetapi syair ini mempunyai dalil bahawa sesungguhnya budaya senjata api dan orang Melayu itu tidak dapat dipisahkan.

Berani Wilanda jangan dikata
Kapal dan kici menembak semata
Bunyi sorak gempita
Meriam dan pemuras berbunyi sekata

Perkataan “meriam” dan “pemuras” yang terakam dan diabadikan dalam syair ini menunjukkan bahawa senjata-senjata api memang sudah digunakan dalam pertahanan masyarakat Melayu.

Akhir kata daripada saya, saya memohon agar DS Najib memperhalusi ucapan DS Najib sebelum berbicara lagi mengenai topik kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511, kerana sesungguhnya topik ini berkait rapat dengan jati diri bangsa Melayu. DS Najib adalah orang kenamaan dan pastinya mempunyai pengaruh yang sangat besar; saya khuatir jikalau kenyataan DS Najib yang lari daripada hakikat sejarah itu dipegang pula sebagai azimat kebenaran oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Saya daripada organisasi The Patriots sekadar menjalankan tugas dalam menyedarkan masyarakat Malaysia mengenai sejarah sebenar yang seakan-akan dilindungkan daripada pengetahuan mereka. Andai kata apa yang saya nukilkan ini mengandungi jarum yang secara tak sengaja telah mengguris hati pembaca, sepuluh jari saya susunkan untuk memohon maaf. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Link untuk bacaan lanjut kejatuhan Melaka: https://goo.gl/cyaYuU

HE dari Facebook The Patriots -
https://www.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/475024329358264/?type=3


* kopihangtuah



| mcmlxxv:viii:xxix |



02 April 2016

Kechewa Nasi Lemak



www.kopihangtuah.blogspot.com




Kepada Persatuan Pembuat Nasi Lemak SeMalaya,

Tolong sebarkan masalah Nasi Lemak di Malaya ni seperti berikut:

1. Namanya Nasi Lemak.... bukan Nasi Putih. Apesal tak rasa lemak? Ni dah kelentong tahap dosa dah ni.

2. Ikan Bilis kalau boleh letaklah segenggam ke. Ni 3 ekor aje. T I G A ekor sahaja. Bak kata KJ.... Ale Uto lah

3. Telor penat mak ayam keluarkan cantik bulat bujur.... kau gi potong empat lepas tu satu perempat je kau kasi? What the hell?

4. Sambal... aduhhhh.... sambal.... kau reti tak masak ni? Tumis cili tu sampai masak... ni rasa macam cili ulam je. Lepas tu kau campak gula berlungguk nak kasi sedap. Aku ni high sugar in blood. Kalau nak manis letak banyak bawang lah beb. Adoi. Fail lah.

5. Tidak ada komplen pasal timun. Timun buang duit je bukan orang kisah sangat. Macam Richard Branson stop letak olives dalam airplane meal..... gitu.

6. Dah lah tu... harga seciput tu melebehi harga satu liter RON95..... damn!


Yang kechewa,



* kopihangtuah



| mcmlxxv:viii:xxix |

05 January 2015

Salina, Sebuah Refleksi Pilu Masyarakat Melayu Selepas Perang Dunia Ke-2



www.kopihangtuah.blogspot.com




Judul: Salina
Penulis: A. Samad Said
Genre: Kemasyarakatan
KK. 893 - 1476 5106
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 1961


"... Salina dipersembahkan oleh penulisnya dengan cara yang serba moden. Ia mengemukakan persoalan-persoalan baru dan sikap yang berterus terang untuk membongkar latar keburukan yang tersembunyi dalam masyarakat pekan-pekan besar .... "  - Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka 1987



ALINA merupakan judul buku yang sudah lama saya simpan di dalam hati untuk membacanya. Mungkin hasrat ini muncul dari kekecohan dunia kesusasteraan itu sendiri. Kekecohan dunia sastera di Malaysia ini, pada fikiran saya, cuma hangat di zaman 60an, 70an dan 80an (dan mungkin sebahagian permulaan 90an). Kemudiannya ianya dimakan oleh arus moden Internet yang berleluasa di kalangan anak-anak muda di mana minat membaca buku secara konvensional hilang ditelan zaman - khususnya novel Bahasa Melayu. Sebagai langkah untuk menuaikan semangat kesusasteraan Melayu itu semula di dalam benak jiwa saya, saya telah memilih Salina. Salina yang ditulis oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said, seorang penulis kegemaran saya. Sebenarnya, secara jujur, saya bukannya pembaca buku Bahasa Melayu yang kerap. Kalau hendak diperbincangkan hal A. Samad Said, sebelum ini saya hanya pernah membaca 2 buku beliau, Langit Petang dan Al-Amin dan juga sajak beliau yang dibuat lagu oleh Kopratasa, Tetamu Senja.

Kononnya Salina sudah diterjemah ke dalam 38 bahasa, saya pun tidak pasti. Ini menarik perhatian saya akan apa gempaknya penulisan A. Samad Said ini? Jenuh saya ke kedai-kedai buku sekeliling Kuala Lumpur dan Selangor namun tak dijumpai juga buku ini. Kononnya Dewan Bahasa dan Pustaka sudah berhenti percetakan buku ini kerana permintaan yang rendah. Kalau buku ini tersangatlah gempak untuk waktunya, mengapa pula tidak dicetak lagi untuk kegunaan akademik universiti sehabis kurang pun? Di dalam kehampaan itu, akhirnya terjumpa kegembiraan kerana pada tahun 2014 percetakan baru telah diadakan tetapi di dalam Bahasa Inggeris. Telah saya beli 1 naskah dan membacanya. Agak ganjil jika mahu dimenifestasikan ida-idea A. Samad Said di dalam Bahasa Inggeris kerana nilai kesusasteraan Melayunya hilang. Pada satu petang 2014 yang indah, di pesta buku Kolumpo Kita Punya di Dataran Merdeka, ada pula buku Salina Second Hand di dalam Bahasa Melayu yang dijual. Maka saya beli. Maka saya baca.
 
Gaya bahasanya merupakan satu penulisan kontemporari untuk zamannya iaitu 60an di Tanah Melayu dan Singapura. Jika tidak di'Context'kan penilaian ini mengikut zaman yang diterbitkan, mungkin pembaca-pembaca muda tidak dapat merasakan keindahan buku ini kerana bahasanya masih boleh dianggap lama dan tidak moden (jika di dalam tahun 2015). Apabila dinilai mengikut zamannya, ada pelbagai aspek yang membolehkan Salina dikategorikan sebagai penulisan kontemporari - (1) Gaya bahasa yang bersahaja untuk mewujudkan suasana realiti perbualan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu di Singapura. (2) Pembinaan plot cerita yang dramatis yang melibatkan pembaca penusuk ke dalam karakter-karakter di dalam cerita ini dengan penimbulan rasa ingin tahu. (3) Kejujuran perbincangan isu-isu semasa yang Taboo tetapi masih berpandukan gaya bahasa Melayu yang tidak biadap.
 
Apakah kejujuran yang dimaksudkan oleh penulisan buku Salina ini? Salina merupakan satu refleksi masyarakat Melayu Singapura di zaman pra-kemerdekaan selepas Perang Dunia ke-2. Ia menceritakan kehidupan manusia yang penuh dengan kesusahan kemiskinan yang terjebak di dalam gelombang dosa dengan terpaksanya. Peperangan amat memilukan - kematian ahli-ahli keluarga dan sahabat handai; dan juga kehilangan harta, amat menghancurkan kewarasan insan-insan Melayu. Mereka ini harus meredah pelbagai konflik kehidupan. Mereka ini hilang pedoman dan hilang gah untuk terus memperjuangkan nilai-nilai murni. Mereka mengikut arus pemodenan yang bersulamkan kemiskinan. Di dalam mengharungi cabaran-cabaran hidup, mereka terus sahaja meredah apa yang patut demi Survival, walaupun ianya mempergadaikan agama, nyawa, bangsa, pendidikan dan harga diri. Begitulah tahap Desperation masyarakat apabila dibelenggu kemiskinan. 
 
Salina tidak ketinggalan di dalam kesusahan hidup ini. Habis keluarganya luput dimakan perang. Dia tinggal di Kampung Kambing yang amat hina kemiskinannya kerana suasana yang tidak terjaga dan penempatannya haram. Untuk terus hidup, Salina perlu lupakan segala perancangan untuk belajar dan melibatkan diri di dalam apa jua pekerjaan yang mendatangkan wang yang secukupnya untuk terus hidup. Salina menjadi pelacur! Apakan daya Salina tidak termampu untuk pekerjaan yang lain kerana tahap pendidikan yang rendah yang tidak dapat diterimai masyarakat Singapura yang hanya menerima pendidikan Inggeris. Insan-insan yang sewaktu dengannya juga sama - terutamanya Melayu. Mereka bekerja di kelab-kelab malam, sebagai kelasi, askar dan juga buruh-buruh kasar. Di dalam pembentukan sosial masyarakat Melayu yang negatif ini, nilai-nilai agama juga merosot. Melayu menjadi pemabuk, perogol dan tidak menghiraukan pendidikan ataupun politik setempat. Malah mereka menjadi bodoh dan sombong tanpa menyedari keperluan untuk memperkasakan bangsa mereka sendiri terutamanya selepas hancur dilanda peperangan.  

Salina terjerat di dalam kehidupan yang tidak adil ini. Bukannya dia meminta untuk menjadi sebegini, tetapi keadaan memaksa. Salina, dan juga insan-insan Melayu muda yang lain turut menyalahkan keadaan. Kenapa miskin? Kerana terpaksa menjadi miskin? Kerana hilang punca. Kerana peperangan. Kerana tidak cukup pendidikan Inggeris. Kerana terpaksa, mereka melakukan apa jua pekerjaan yang patut (untuk hidup). Kemiskinan ini terus berleluasa. Malah anak-anak muda yang dilahirkan selepas peperangan juga melalui dilema hidup kemiskinan ini (mempergadaikan apa yang murni - moral, agama, pendidikan). Akhirnya Salina mengerti bahawa kesemua kehancuran ini dibuatnya sendiri dan bukan keadaan yang perlu dipersalahkan. Biarkan mereka ini hancur di Kampung Kambing, aku (Salina) mahu bebaskan diri dari kehidupan yang tidak bermakna ini - Salina terus menukar hidupnya - Dia ke Kuala Lumpur.

Begitulah separa-sinopsis dari saya yang dapat sedikit sebanyak menampakkan perisa buku Salina oleh A. Samad Said ini untuk mereka yang ingin menuaikan semula semangat kesusasteraan Melayu di dalam jiwanya. Bacalah buku Salina ini. Ianya senang dibaca kerana tidak terlalu keterlampauan sastera klasik Melayunya dan intipati ceritanya amat menarik kerana Sublime Taboo masyarakat yang tentunya wujud secara realiti - jika tidak sekarang, sekurang-kurangnya releven di zaman buku ini diterbitkan (60an). Untuk mengakhiri ulasan buku ini, ingin saya ekstrakkan satu perenggan dari buku Salina ini, seperti di bawah, di mana A. Samad Said menyelitkan mesej yang Sarcastic kerana ianya amat sesuai dengan keadaan penerimaan (atau ketidak-terimaan) sastera Melayu di masa kini - yang mungkin akan luput ditelan zaman - :

         Perenggan dari Bab ke-22

     "Kalau endak tunggukan kesempatan, pendeknya sampai mati pun awak tak akan cuba membaca buku-buku Melayulah. Hilmy belajar Orang Putih, baca sajalah buku Orang Putih banyak-banyak; kenallah orang lain banyak-banyak. Nanti kalau orang tanya Hilmy tentang penulis-penulis Melayu, Hilmy kata tak ada sajalah? Kata saja buku-buku Melayu tak ada mutunya, atau katakan sajalah orang-orang Melayu ni malas endah tulis cerita. Atau sesekali nanti bila ada orang tanya: awak kenal Tun Seri Lanang tak? Hah, gelengkan sajalah kepala tu - bilang tak tau. Atau katakan sajalah Tun Seri Lanang tak ada dalam masyarakat Melayu, ya? Dan kalau orang tanya pulak: awak kenal Harun Aminurrashid? Entah. Kenal Abdullah Sidik? Entah. Kenal Keris Mas? Kenal Tongkat Warrant? Entah. Kenal Hamzah? Entah. Kenal Jymy Asmara? Entah. Ai, main entah sajalah. Dan kalau orang tanya awak orang apa? Melayu! Habis tak tau nama pengarang-pengarang Melayu? Hendak geleng-geleng kepala saja? Nak taruh muka di mana?"





* kopihangtuah




| mcmlxxv:viii:xxix |

09 March 2014

MH370 Membuka Mata : Rintihan Hati atau Tuduhan Bodoh Sesetengah Pihak




www.kopihangtuah.blogspot.com




Tumpuan dunia sekarang amat fokus kepada Malaysia bukan sahaja dengan adanya tragedi MH370 ini, malah, sejak beberapa hari yang lepas sudah ada pemangkin perhatian hasil isu perkataan Allah yang dialih bahasa di dalam komik Ultraman dan juga isu Dato' Sri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dengan hukuman penjara 5 tahun oleh mahkamah atas tuduhan meliwat.


ALAM kebingungan kita menelan air liur dan menitis air mata menerima tragedi hilangnya pesawat Malaysia Airline System (MAS) MH370 pagi semalam, ada pula manusia-manusia yang tidak sensitif di ruang media sosial seperti Facebook dan Twitter. Apa yang ketara adalah kebodohan mereka. Sungguh tidak diduga adanya manusia-manusia yang membuat tuduhan-tuduhan sewenang-wenangnya. Ada yang menuduh bahawa ini semua konspirasi Kerajaan untuk menutup perhatian rakyat daripada isu-isu politik seperti Pilihanraya Kecil Kajang dan hukuman penjara 5 tahun Dato' Sri Anwar Ibrahim. Mereka juga menggambil kesempatan untuk menekan lagi suasana yang kononya Kerajaan tidak efisyen atau efektif dalam mengendalikan tindakbalas krisis seperti ini. 
 
Yang paling menyedihkan ialah ada di kalangan mereka yang tidak berhati sensitif menggubal jenaka ataupun mencaci dan mempersendakan tragedi di kala keluarga mereka yang hilang bersedih. Antara yang mengejutkan ialah komen seperti, "Biarkan mereka mati. Pergi Beijing nak buat maksiat lah tu." Adakah ini orang kita? Bukankah budaya kita budaya yang lemah lembut gemalai. Sifat kusut ini amatlah memalukan bangsa dan negara. Seelok-eloknya mereka ini dibuang negara, ataupun, jika kita mahu bersifat bodoh dan dungu seperti mereka, kita juga boleh berkata, "Mungkin kau yang sepatutnya tersekat di dalam MH370."
 
Alhamdulillah di kalangan kita banyak juga yang berfikiran positif. Yang pertamanya pihak Kerajaan dan juga MAS yang bertungkus-lumus menguruskan tragedi ini. Alangkah ringan beban di bahu apabila pertolongan gerak khas mencari pesawat MH370 dibantu oleh negara-negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Filipina dan juga China. Tidak ketinggalan Amerika Syarikat yang datangnya dari arah Pasifik walaupun pada firasat ramai, mungkin ada udang di sebalik batu. Walau bagaimana pun, pertolongan amat diperlukan. Rakyat secara keseluruhannya merintih mengenangkan keperitan keluarga mereka yang di dalam pesawat MH370. Banyak yang berdoa, bersolat hajat di masjid-masjid dan ada juga yang berdoa di gereja, kuil mahupun di tokong.
 
Tumpuan dunia sekarang amat fokus kepada Malaysia bukan sahaja dengan adanya tragedi MH370 ini, malah, sejak beberapa hari yang lepas sudah ada pemangkin perhatian hasil isu perkataan Allah yang dialih bahasa di dalam komik Ultraman dan juga isu Dato' Sri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dengan hukuman penjara 5 tahun oleh mahkamah atas tuduhan meliwat. Bayangkan yang ini semua mendapat liputan agensi berita dunia seperti BBC. Diharap tumpuan dunia sebegini boleh diketengahkan untuk menyelesaikan isu MH370 yang kini bergelumang dengan pelbagai teori konspirasi pengganas dan politik antarabangsa.
 
Di dalam keresahan kita menunggu-nunggu apa akan diwartakan perihal MH370, marilah kita sama-sama berdoa untuk keselamatan mereka di dalam pesawat MAS MH370. Seperti selalu, blogger Buanaseni tidak gagal untuk menukil puisi semasa apabila adanya peristiwa hangat seperti ini. Dengan izinnya, dipersembahkan semula puisi beliau mengenai MH370 seperti berikut: 
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


TIGA TUJUH KOSONG

Berpusu-pusu tingkahnya umat
Yang tidak sabar bersolat hajat
Dengan sendunya yang masih
.... belum tersejat
Untuk insan-insan yang tersesat

Ada juga yang gundah gulana
Yang di kuil mahupun di gereja
Dengan gelora titisan air mata
Untuk kehilangan ahli keluarga

Sudah dua kali jelmanya mentari
Yang ujanya tiba di malam hari
Dengan pelbagai teori konspirasi
Untuk gandingan bahu mencari-cari

Sana-sini manusia mengeluh
Kerajaan sedunia turut menyuluh
Dengan pasukan yang berpuluh
Diharap keadaan dapat disembuh

Kini yang tinggal kita bertenung
Menanti cahaya di hujung terowong
Agar pedih tidak lagi diharung
Dari tragedi MH Tiga Tujuh Kosong
Dari misteri MH Tiga Tujuh Kosong
Dari hati
.... yang kekosongan

(Dipetik dari blog Buanaseni - http://www.buanaseni.blogspot.com/)





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


* kopihangtuah




| mcmlxxv:viii:xxix |