www.kopihangtuah.blogspot.com
* * * * *
Semua watak dan insiden di dalam cerpen ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana individu atau peristiwa di dalam dunia nyata melainkan fakta-fakta sejarah yang diguna-pakai. Jika ada nama tempat atau syarikat sebenar yang digunakan dalam cerpen ini, ia sekadar dimasukkan dalam konteks fiksyen dan tidak ada kena-mengena dengan tempat atau syarikat yang sebenarnya.
* * * * *
Dunia kini sedang melalui suatu pengelutan yang amat menakutkan. Umat manusia seakan alpa akan mala petaka yang bakal menimpa mereka hasil perbuatan mereka sendiri. Mereka seakan tidak mengendah bencana-bencana yang menimpa kehidupan seharian. Malah, sejarah dan sastera yang hikmahnya sebagai pengajaran langsung dibuang sebagai sampah yang busuk. Kejahilan bermaharajalela. Kehancuran alam berleluasa. Politik dan agama dipersendakan untuk keuntungan materialistik. Ekonomi dan kesihatan semakin tenat. Budaya dan tamadun diperogolkan. Mungkinkah Tuhan sudah amanatkan kiamat itu diperbentangkan oleh manusia itu sendiri?
Di tengah pengelutan itu, seekor makhluk asing, Asdfghjkl, dari sebuah planet jauh berjuta-juta batu, Planet Poiuytrewq (Planet P), tiba di Bumi manusia, khususnya sebuah semenanjung yang bergelar Malaysia. Setelah memasuki tubuh badan seorang manusia bernama Ali Riziad, beliau mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia untuk mempelajari konsep hidup makhluk bergelar manusia. Apabila dibandingkan dengan cara hidup di planetnya sendiri, manusia ini menjadi satu fenomena aneh. Dengan kewibawaan biologi manusia, mereka seolah-olah bodoh dan tidak tahu mengguna otak. Di dalam lautan negatif ini, Ali Riziad (ataupun jelmaan sebagai Ali Riziad) masih tertarik dengan manusia. Ada sesuatu yang unik dan suci mengenai manusia yang belum dapat dirumuskan secara logik. Ali meneruskan pengembaraannya di Bumi demi mencari jawapan untuk persoalan ini.
* * * * *
MAKCIK JUAL KEROPOK
"Kita ni manusia, memang senang sangat dihasut Syaitan. Bila masuk waktu sembahyang kita masih tengok Liverpool lawan Manchester United. Maradonna tu bukannya tuhan. Yang kita dok sembah televisyen bila dia keluaq tu buat apa? Maka dengan kelemahan inilah kita perlu mendisiplinkan jiwa raga dengan puasa di bulan Ramadhan.... "
ELIK aku dengan manusia ni.
Naluri berkata lapar, makanlah. Apa lagi nak puasa-puasa ni. Ini satu tabiat
manusia yang aku mesti kaji dan kalau ada faedahnya, mungkin boleh aku guna
pakai di Planet P kelak. Pagi ni hari pertama sahur untuk hari pertama puasa.
Sabrina sudah turun ke dapur. Agaknya tengah sediakan makan bersama orang gaji
di bawah. Baby masih tertidur nyenyak. Aku bangun untuk ke tandas dan terus
memberus gigi dan membasuh muka. Langsung melepaskan air kencing ke dalam
lubang jamban. Teringat-ingat aku kat lukisan si Azree…. Hmmm,.. entah apa-apa
entah. Kuning sangat air kencing ni. Mungkin sebab aku termakan dua biji
Vitamin B dengan tak sengaja malam tadi kot. Kuning macam kunyit. Kalau ikut
carta air kencing kat toilet Khazanah Nasional Berhad ni dah parah ni. Hmmm….
mungkin Vitamin B tadi kot.
* kopihangtuah
| mcmlxxv:viii:xxix |
“Shhhhhh…..
Zack! Bangun Zack,”
“Hmmmmm…..”
“Bangun Zack. Hari ni your first day puasa. You need to
eat Sahur. Cepat bangun pergi gosok gigi dan kencing dulu sebelum turun. Basuh
sikit muka tu.” Zack pun bangun degan malasnya ke tandas. Setelah selesai dia
mengikut aku turun tangga dengan mata tertutup. Aneh betul. Boleh pulak dia
jejak kaki turun tangga satu persatu dengan mata tertutup. Macam dah training
aje. “Woi! Zack! Open your eyes. Nanti jatuh!”
“Hahhhh????? Oh ok, ok.” Barulah Nampak mata terbuka
separuh. At least buka dari tertutup.
Seperti biasa dalam ingatan si Riziad ni, sahur hari
pertama ni tak dak nasi. “Kita makan Roti John Ya!”, pekik si Sabrina dengan
gembira macam sedap sangat Roti John ni. Selalunya Sabrina tak gemar makan nasi
untuk sahur. Katanya terlalu heavy serupa tak payah puasa sebab kandungan
kalori macam hari-hari lain yang tak puasa. Entah kenapa nama Roti John. Ikut
suka hati mak bapak diorang nak kasi nama Roti John. Rasa macam makanan Asia
jugak. Masa aku kerja kat London, Australia dan Amerika Syarikat dulu tak
pernah pun Nampak Roti John ni.
Selesai sahur Zack lekas-lekas sambung tidurnya.
Seolah-olah sahur tadi mimpi sahaja. Sabrina nampak gayanya macam tak tidur balik
sebab dah hampir waktu yang dia selalu bangun untuk mandi dan bersiap ke kerja.
Memang sahlah sebab terdengar bunyi air shower di dalam bilik air.
Aku
masih mengelamun jauh di varandah rumah memikirkan kehidupan manusia yang cukup
aneh. Dulu aku pernah ikut Pak Hashim ke surau. Ada jugak terdengar
ceramah-ceramah agama pasal puasa ni. Agak mengelirukan. Aku cuba nak elak tapi
tak boleh sebab Pak Hashim ni macam bapa kedua si Riziad. Terasa terkurang
ajaran kalau tak ikut ajakan dia ke surau. Ingatkan dah berbini British tak
alim. Rupanya alim jugak Pak Hashim ni. Masa Riziad bekerja di London dulu Pak
Hashim lah yang selalu menjenguk-jenguk tengok makan minum semua. Maklumlah Pak
Hashim ni tukang masak di London. Dah banyak dia masak untuk orang-orang
Malaysia di London khususnya Melayu di asrama-asrama orang puteh tu. Senang
hidup Melayu bila ada orang tolong masakkan makanan halal. Ikut hati aku, aku
baham je semua… katok tak katok, makanan semua bahan kimia yang dihadamkan
jugak. Entahlah. Aku makhluk asing masuk ke dalam badan manusia bukan sahaja
keliru dengan biologi manusia, juga dengan adat dan perangai manusia, khususnya
dari hal agama. Kenapa manusia wujud beribu tahun dengan agama di sisi mereka?
Di Planet P, seperti yang aku ceritakan dulu, konsep agama tak wujud. Yang
paling hampir pun dengan konsep agama ialah hormati planet. Jangan membuat
apa-apa tabiat yang menghancurkan planet. Planet itulah sumber segala-galanya
untuk masyarakat aku dulu. Planet P memang unik. Kalaulah hancur Planet P,
entah kat mana orang-orang aku nak jelajah takluk. Mungkin Planet Bumi?
Mungkinkah itu sebabnya General Mnbvcxz… , atau General M, menghantar aku ke
Planet Bumi? Sayangnya manusia itu sendiri menghancurkan Planet Bumi mereka
dengan apa yang aku lihat berlaku sekarang ini.
Kalau diikutkan Tok Imam yang berceramah semasa aku ikut
Pak Hashim ke surau, puasa itu mesti dilakukan. Dari segi saintifiknya,
kononnya badan perlu berehat. 335 hari bekerja keras menghadamkan makanan
sepanjang hari dan malam, di bulan ramadhan inilah badan manusia kerja separuh
masa. Berehat di waktu siang. Macam kereta kena hantar service. Pekerja ambil
Annual Leave. Badan pun ada Annual Leave dia sendiri. Ini bagi aku kelemahan
tubuh badan manusia. Bangsa aku diperbuat dari cahaya dan tenaga. Kami makan
melalui penyerapan tenaga dari sumber alam dan tahap penyerapan hanya
secukup-cukupnya untuk operasi jisim badan kami tanpa perlunya pengkumuhan.
Pendek kata, apa yang kami makan tak perlu di berak kencingkan lagi. Semuanya
habis diguna dengan efficientnya. Oleh kerana tenaga serapan juga digunakan
untuk memperbaiki jisim tubuh kasi yang mana rosak dan lemah, konsep berehat
ini berlaku sejajar dengan waktu penggunaan tenaga. Maksudnya kalau kami ini
kereta, maintenance berlaku walaupun kereta sedang berjalan. Cukup efficient
makhluk Planet P. Dengan adanya efficiency tersebut, efficiency-efficiency lain
juga terbentuk, seperti penghapusan pembaziran masa, yakni, tidak perlunya
peruntukan masa untuk tidur.
Sekarang ini apabila aku meneraju tubuh badan si Riziad
ni, macam-macam kena diperlakukan. Makan dan minum yang menyebabkan perlunya
aku ke tandas. Badan yang penat memaksa aku tidur agar tubuh badan si Riziad ni
kuat untuk aku terus meneraju. Untuk mengelakkan syak wasangka Sabrina yang aku
ni makhluk asing perlu di perhati dengan teliti sehingga selalu aku terpaksa
memaksa badan Riziad ini untuk bersetubuh dengan Sabrina apabila Sabrina
menonjolkan nafsu berahinya diwaktu malam. Kadang-kadang tubuh Riziad ini alah
kepada makanan laut dan juga habuk sehingga terpaksa aku telan pil-pil mengarut
seperti Drixoral, Rinafort dan Aerius. Sinusitis kononnya kata doctor. Apa-apa
hal, yang aku tahu, badan manusia ni senang diserang virus dan bakteria
sehingga sakit. Kami di Planet P berjisimkan tenaga. Tak ada virus atau
bakteria yang dapat menyerang. Kami hanya cuma takut kepada liputan magnetic
Planet P yang perlu dijaga agar seimbang kerana perubahan yang mendadak kuasa
magnetic dapat memporak perandakan tenaga jasad kami yang berunsurkan zat
tenaga itu sendiri. Sebab itulah Planet P, planet kami, dijaga dengan penuh
teliti. Planet P kami adalah seumpama Tuhan dari aspek penghidupan kami jika
dibandingkan dengan manusia di Planet Bumi.
Aku masih mengelamum mengingati ceramah yang aku hadiri
bersama Pak Hashim dulu. Tok Imam, rasanya nama dia Ustaz Haji Jalil, yang dulu
memang tok guru mengaji si Riziad ni, terus menceritakan yang puasa itu juga
satu acara pembersihan spiritual. Ia membersihkan naluri katanya. Masih aku
ingat suaranya, “Kita ni manusia, memang senang sangat dihasut Syaitan. Bila
masuk waktu sembahyang kita masih tengok Liverpool lawan Manchester United.
Maradonna tu bukannya tuhan. Yang kita dok sembah televisyen bila dia keluaq tu
buat apa? Maka dengan kelemahan inilah kita perlu mendisiplinkan jiwa raga
dengan puasa di bulan Ramadhan. Dengan puasa inilah kita dapat menghayati agama
langsung senang untuk mengelak hasutan Syaitan.” Hmmmmm,….. bila masa Maradonna
main untuk M.U. ni? Ustaz ni main tibai aje.
“Bila kita puasa, kita teringat kat orang-orang miskin
yang kelaparan di Afrika tu. Bila kita rasa seksa dan sedih, kita dapat
merasakan untuk mereka yang kelaparan tadi.” Kata-kata ustaz itu selalu
terngiang di benak jiwa aku. Planet Bumi ini tidak cukup semangat
kemasyarakatannya sampai adanya puak-puak yang makanan dan harta
berlimpah-limpah da nada pulak puak-puak yang mati kebuluran. Mungkin ini
adalah disebabkan oleh dua perkara yang tidak ada di Planet P. Satu, pembiakan
manusia yang tidak terkawal dan kedua, penjagaan welfare manusia itu tidak
sejagat. Di Planet P pembiakan dilakukan secara terkawal mengikut pengkiraan
keperluan. Jika kami memerlukan tenaga pekerja untuk sesuatu bidang di masa
hadapan, jantan dan betina yang mempunyai baka yang bersesuaian akan disatukan
untuk proses pembiakan. Jika tidak, tidak perlunya proses mengawan. Kami tidak
mempunyai masalah nafsu syahwat. Perasaan mengawan itu hanya akan dihasilkan
apabila proses itu dirancang. Maknakata, taklah steam tak tentu pasal. Bila nak
buat baru di’steam’kan. Keadaan terkawal ini menyebabkan penghasilan rakyat
yang mempunyai kebolehan yang relevan untuk menyumbang kepada masyarakat.
Apabila adanya rakyat yang bermakna maka kesihatan semua rakyat ini diambil
perhatian dengan teliti. Tidak ada kemiskinan atau kelaparan melampau. Semua
yang tumbuh atau keluar dari muka Planet P adalah milik semua. Inilah pada
firasat aku, maknanya ‘Sejagat’.
Tak dapat aku bayangkan sebelum ini yang manusia perlu
menyiksakan diri sendiri supaya sedar yang adanya manusia lain yang tersiksa.
Kalau tak ada konsep puasa ni, agaknya manusia terus lupa dan alpa dan ramailah
manusia-manusia lain terus mati kelaparan. “Ibadat puasa ini juga disertai
dengan ibadat berzakat. Apabila kita berzakat, kumpulan zakat itu digunakan
untuk menampung keperluan masyarakat miskin,” kata Ustaz Jalil seperti yang aku
ingat. Mungkin inilah sebabnya manusia dicipta lemah? Supaya dapat dipraktikkan
sifat-sifat murni ini? Inilah yang membuat aku keliru dengan manusia. Dengan
alam. Dengan perbezaan makhluk di Bumi dan di Planet P. Makhluk Planet P sangat
efficient dan kuat dan dengan itu tidak perlu mempunyai sifat sayang-menyayangi
antara satu sama lain. Manakala manusia bersifat lemah, lalai dan serba tidak
lengkap membuatkan mereka perlu menghayati sikap sayang antara satu sama lain. Sehingga
adanya konsep agama dan ketuhanan. Untuk pertama kalinya otak si Riziad ini
terangsang dengan cara yang berlainan dari pandangan asal naluri aku. Aku dapat
rasakan yang di dalam kemelutan aku mengharungi kehidupan manusia, aku mulia
merasa keindahan manusia itu sendiri.
Aku
mula merasa yang berbezaan manusia di Bumi dan makhluk di Planet P adalah
variasi yang berlainan dari dua aspek yang berlainan tetapi akhirnya merumuskan
kestabilan alam. Adakah ini semua dirancang? Siapa yang merancangkannya? Adakah
secara kebetulan yang keseimbangan ini terwujud dengan sendirinya? Adakah ianya
dikendalikan oleh suatu kuasa besar yang mengharungi kesemua alam. Kalau di
Planet P kita merujuk kepada Planet P itu sendiri sebagai kuasa besar yang
perlu dihormati dan di Planet Bumi manusia merujuk kepada kuasa besar itu
sebagai Tuhan, apakah rujukannya di planet-planet lain? Adakah rujukan kuasa
besar kami di Planet P itu relevan dengan penghidupan manusia di Bumi? Di sini
aku menjumpai satu fenomena yang amat menakjubkan yang bakal aku perbentangkan
kepada umat aku di Planet P. Fenomena ini dapat melengkapkan konsep
penghormatan Planet P yang sudah berjuta tahun dipraktikkan oleh bangsaku.
Fenomena ini bukannya sangat dari konteks agama tetapi dari konteks ketuhanan.
Walaupun manusia sering berperang antara satu sama lain, mereka semua
berpaksikan kepada konsep yang sama iaitu Tuhan. Ada yang memanggil Allah,
seperti Riziad dan bangsa Melayu yang lain. Ada yang memanggil Jesus, Yahweh, ElohimMaha
Vishnu, Nirvana, Buddha, Zues dan pelbagai lagi. Malah yang tidak beragama juga
berpaksikan Tuhan tanpa mereka sedari. Sebagai contohnya falsafah sains yang
kononnya menolak konsep Tuhan tetapi berakhir dengan penemuan konsep Big Bang
yang sebagai logiknya menceritakan suatu kuasa besar. Tanpa aku sedari aku,
dengan pertolongan otak si Riziad ini, dan juga pemahaman manusia dari tabiat
manusia-manusia di sekeliling kehidupan Riziad ini, telah mula mempercayai
kuasa besar yang manusia gelar Tuhan.
“Daddy!, jomlah Zack dah ready ni nak pi sekolah,” pekik
si Zack pagi-pagi buta sehingga aku terkejut dari lamunan.
“Oh! Ok, Ok, Daddy tak mandi lagi ni.”
“Alaaaaahhhhh,.. Daddy, I am late already. Tak payah
mandi lah. You just send me. After all you are the boss at your office. Masuk
lambat tak dak orang nak marah kan?”
“Errrr,… ok, tunggu kat bawah. Daddy nak bersiap.”
“Ok.”
Aku menggosok gigi dengan ubat gigi Darlie kesukaan
Riziad. Berdarah gusi-gusi aku. Entah kenapa gusi Riziad ni lemah. Terpaksa aku
berkumur Listerin yang memedihkan mulut untuk menutup luka-luka gusi akibat
berus gigi. Kalau tidak mulut akan berbau busuk dari darah gusi yang bercampur
air liur. Jijik betul badan manusia yang boleh berbau busuk ni pikir aku.
Apakan daya, General M yang memerintah aku ke Planet Bumi sebab jakun dengan
laungan Tunku Abdul Rahman, “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” lima puluh enam tahun
dahulu yang terkeluar di transmisi angkasa lepas di stesyen penyiasatan hal
ehwal makhluk asing di bawah naungan General M di Planet P. Hairan aku kenapa
stesyen angkasa lepas satelit manusia yang beredar di sekeliling bumi tidak
pernah dapat menangkap isyarat-isyarat yang dikeluarkan oleh stesyen angkasa
Planet P. Mungkin teknologi manusia belum cukup advance?
Badan manusia busuk. Terpaksa aku sapu deodorant Nivea
diketiak yang berbulu ni. Janggut dah mula tebal. Dengan pisau cukur Schick dan
shaving cream Gilette berbau lemon aku membersihkan muka dari rerambut yang tak
diingini…. Errrrrrr,… sebenarnya kalau boleh aku biar aje tumbuh sampai panjang
sebab malas tapi si Sabrina pulak tak suka. Aku menyarung seluar dalam hitam
Nike yang dibeli dari Miami lapan tahun lalu dan seluar jeans Levi’s biru tua
yang dibeli dari Subang Parade tahun lalu. Kemudian aku memilih pula t-shirt
Rolling Stones yang bergambar bibir merah terjelir yang dibeli dari Singapura
dua tahun lalu. Aku mengambil wallet Dunhill yang dihadiahkan oleh mak si
Riziad ni dalam lima tahun lalu dan memasukkan ke dalam poket belakang jeans.
Disumbatkan juga saputangan ke dalam poket. Entah jenama apa saputangan ni aku
pun tak tahu tapi yang aku tahu Riziad dah hampir 15 tahun menggunakan saputangan
yang dipinjamkan oleh bapanya dulu. Disarungkan pula jam Rolex yang dihadiahkan
oleh orang kaya Cina, Loh Boon Siew, kepada bapa si Riziad ni pada tahun 1968
apabila bapa si Riziad kahwin. Harta turun temurun. Nanti bila aku nak belah
dari badan si Riziad ni harus aku turunkan Rolex ni kepada Zack. Terasa sedih
pulak aku memikirkan Riziad sebenar, bapa zack yang sebenar, sudah mati apabila
aku memasuki tubuhnya di Stadium Merdeka enam bulan sepuluh hari yang lepas.
Akhir sekali aku mengambil kunci kereta BMW hitam.
“Zack, jom cepat dah lambat ni,” jeritku sambil memakai
kasut Zara ala koboi atau GQ yang dibeli di Paris Sembilan tahun lalu.
“Daddy!, I am already here at the car lah.”
“Oh ok,” sambutku sambil membuka kunci pintu BMW. Zack
memasuki seat hadapan manakala aku memasuki seat pemandu.
“Ehhh,..
Daddy, why are you driving?”
“Uncle Syaiful cuti. Daddy hantar dia pergi Pulau Pangkor
pergi selidik perancangan Konvensyen
Puisi Sedunia yang akan berlangsung di sana bulan November nanti.”
“Hmmm,…. Kenapa Daddy cakap bahasa baku ni?”
Aku tidak menjawab soalan Zack itu sebab memikirkan
kenapa gaya bahasa aku tidak sama dengan gaya bahasa Riziad dari pandangan
Zack. Mungkin kerana aku Cuma memahami Bahasa Melayu mengikut takrifan standard
seperti yang tertera di otak Riziad dan penggunaan bahasa ini dari penyampaian
Riziad tidak jelas untuk aku baca akibat kandungan alkohol di dalam badan
Riziad yang berlebihan sewaktu aku memasuki badannya. Hmmm,… mungkin,… mungkin
tidak. Tidak mengapa. Budak Zack ni kecil lagi. Aku rasa dia tak terpikir pasak
makhluk asing ni semua.
“Daddy, do you know that you used to speak a lot more
English with me? Now you speak a lot more Bahasa. Bahasa baku pulak tu. As if
you are someone else. Macam ada hantu or alien rasuk badan you Daddy.”
Aku memandang ke arah Zack dengan perasaan cemas sambil
berjegil mata.
“Hahhhhh,….. is that your so called ‘Alien’ face? Tak
takut pun?”
Aku terus senyum dan barkata, “Ha!! Daddy ni sebenarnya
Alien. Nanti malam Daddy bawak Zack and Mummy and baby terbang pergi bulan ok?”
“Whatever McDonald Worker,” kata Zack sambil membuat
huruf Double U dengan kedua-dua jari telunjuk dan ibu jari kedua belah
tangannya. Aku Cuma mampu gelak dan berasa lega yang budak kecik seperti Zack
ni senang berjenaka walaupun pada hakikatnya, ayahnya, sekarang ini, cuma
bangkai yang dikuasai makhluk asing.
“Ehhh,.. petrol nak habis ni. Tunggu ya, Daddy nak masuk
Shell nak fill up tank.”
“Diesel.”
“Huhh?”
“Your BMW uses diesel and not petrol. Nanti rosak engine
kalau pakai petrol. Nanti kena bayar mahal sebab kena buat overhaul engine.”
“Where do you learn all this boy?”
“Uncle Syaiful does have conversations with me you know.”
“Ok, perhaps you should talk about matters of your age
with him.”
“Like what?”
“Like the movie Dispicable Me Part 2?”
“Boring,…..”
Aku terus keluar dari kereta untuk mengisi petrol,…
errrrrr,… silap,… diesel. Semasa mengisi diesel ada makcik jual keropok
menghampiri aku, “Ni ada keropok ikan, keropok udang, keropok binjai, semua ada.
Mai lah beli.Goreng untuk anak tu.”
“Errrr….. tak pa lah makcik. Dah banyak keropok kat rumah
tu,” tipu aku walaupun aku tak tahu apa makanan yang ada kat dapur rumah selain
Roti John lebihan dari sahur semalam. Makcik jual keropok pun berlalu dengan
muka sedih ke pam yang lagi satu.
“Daddy, why didn’t you buy the keropok?”
“Well, kita tak perlu keropok sebab kan ni bulan puasa?”
“Oh ya, tapi kenapa makcik tu jual kat stesyen minyak?
Kenapa dia tak jual kat kedai?”
“Sebab,…. Errrr,…. Hmmmm,… ok, ya,… sebab dia tak da duit
nak bayar sewa kedai. Dia orang miskin.”
“Kenapa dia miskin?”
“Sebab mungkin masa dia kecik-kecik dulu dia tak buat
homework.”
“Kenapa tak buat homework boleh buat orang miskin. Zack
selalu tertinggal homework tapi tak miskin pun?”
Aku tidak menjawab terus. Aku memikirkan sejenak untuk
beberapa saat dan terus berkata, “Ok, tunggu ya, bagi Daddy letak balik kepala
nozzle diesel ni and then I will expain in the car ok?”
“Ok.”
Selesai aku dengan diesel dan credit card semuanya, aku
terus masuk ke seat driver, “Ok, macamn ni Zack,…. Bila buat howework, Zack
akan belajar macam-macam seperti matematik, sains, agama, English dan banyak
lagi. Bila dah belajar banyak, boleh pass exam. Kalau pass dapat ‘A’ banyak,
lepas habis sekolah semua, Zack boleh dapat kerja yang boleh dapat banyak duit.
Tak kisahlah apa pun Engineer ke, Doktor ke, Akauntan ke,…”
“Akauntan macam Daddy dan Mummy?”
“Errrr,…. Ya lebih kurang. So bila ada banyak duit,
barulah boleh beli,..errr…. rumah besar, automatic gate, BMW, bayar kelas
swimming Zack, bayar kelas Mandarin Zack, beli baju, beli makan, beli DVD,
tengok wayang, beli Tutti Frutti dan banyak lagi.”
“So, makcik tu tadi tak cukup duit nak beli Tutti
Frutti?”
“Makcik tu mungkin ada duit untuk beli Tutti Frutti tapi
kalau dia beli Tutti Frutti, dia tak da duit nak bayar sewa rumah, nak bayar
susu anak dia kalau dia ada baby dan bayar….”
“Susu?”
“Ya,… susu, macam Mummy selalu beli untuk Adik.”
“Baby.”
“Huhh?”
“We call baby Aidan Zariff, Baby, not Adik.”
“Ok, Baby, …. Happy?”
“Errrrr,….. kalau Baby tak dapat susu nanti dia menangis
all night long. So kalau makcik tu tak tak da duit nak beli susu, nanti baby
dia kat rumah menangis because of hunger?”
“Yes!!! Now you understand. So what does that mean?”
“It means if I listen to teacher properly, do my
homework, I can get good job and earn good money. Then I can live happily not
like the makcik miskin?”
“Ya,.. ya,… something like that. Don’t you feel sad
looking at that makcik?”
“Yes. Do you?”
“Yes.”
“Then, Daddy, if you feel sad, why did you not buy
keropok from her. If you buy, she will have some money to buy susu for her
baby. Right?”
Aku tersenyap seketika. “Yes,…. that makes sense. So how
now brown cow? Do you want to buy some keropok then?”
“Ya, can we buy some keropok. By the way I am a male so
you cannot call me brown cow. Call me brown bull.”
“Ok, brown bull, what if the keropok tak sedap?”
“It is ok Daddy. If the keropok tak sedap, we ask Kakak
to give to the cat. As long as the makcik can buy susu for her baby and the
baby is not hungry, I am happy.”
Air mataku mengalir tanpa dapat aku mengawalnya. Tidak
pernah terpikir dibenak sanubariku yang budak berumur 8 tahun ini dapat memberi
kesan pedih di jiwa sehingga mengeluarkan air mata. Inilah pertama kalinya aku
merasa nikmat besar menjadi manusia, iaitu kebolehan untuk sayang menyayang
antara satu sama lain seperti yang ditunjukkan oleh Zack kepada makcik miskin
yang menjual keropok.
“Daddy, why are you crying?”
“This car is full of dust! My sinus is triggering,”
tipuku sambil berlakon bersin dua tiga kali.
“You forgot to take your Rinafort right?”
“Ya, ya.”
“So, cepatlah panggil makcik tu. She is already going to
the next petrol pump.”
“Makcik! Makcik!,” jeritku kearah makcik jual keropok.
Bergegas makcik berlari kearah aku.
“Ya Tuan, nak beli keropok ka?”
“Ya, errrrr, keropok apa ada ya?”
“Ada udang, ada ikan, ada binjai, ada sotong.”
“Zack, which one?”
“One of each since you said we don’t know which ones are
nice.”
“Ok, bagi satu setiap satu jenis ye makcik.”
Makcik jual keropok membungkus 4 pek kedalam plastic beg
dan menyerahkah kepadaku. Aku lalu bertanya, “Berapa semua?”
“Berapa pun makcik tak kisah. Janji ikhlas.”
Aku mengeluarkan dua keping duit lima puluh Ringgit lalu
menghulurkan kepadanya.
“Terima kasih banyak-banyak Tuan.”
“Sama-sama,” jerit Zack sambil bersenyum.
“Comel anak Tuan. Dengan anak Tuan ni, hati yang keras
boleh lembut. Lagi-lagi di bulan Ramadhan ni. Sama-sama kita manusia tolong
sesame sendiri,” ujar makcik jual keropok sambil berlalu dari kereta BMW yang
tak da makna bagi kehidupan makcik tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh Ustaz
Jalil rupanya. Zat keinsanan ini merupakan kejujuran yang sebenarnya kekuatan
manusia. Cuma manusia itu sendiri tidak sedar ataupun dikaburi korupsi kekayaan
keduniaan. Ini adalah bukti yang kukuh oleh kerana budak kecil seperti Zack
dapat menghayati konsep Ramadhan walaupun dia belum pernah mendengar atau
diajar dengan mendalam erti puasa itu sendiri. Dia seolah-olah kanvas putih
yang belum dicorakkan warna. Kebanyakkan manusia berkanvas keras yang
dicurahkan warna hitam yang degil dan buruk. Aku teringat kepada bangsaku di
Planet P. Mereka adalah kanvas-kanvas putihku yang bakal aku corakkan dengan
warna-warna murni zat keinsanan yang aku belajar dari manusia di muka Bumi ini.
Inilah dia Ramadhan. Keinsafan sebenar-benarnya. Memang
aku berasa lapar dan penat. Memang aku teringatkan orang-orang miskin yang
berkebuluran. Memang aku berasa rendah diri menyedari kesombonganku dan sifat
bongkak aku yang menghina manusia busuk. Baru sekarang aku mula mengenali
sifat-sifat murni manusia. Baru sekarang aku menyedari yang banyak boleh
dipelajari dari manusia. Baru sekarang aku mengenal erti sayang sesama manusia.
Perasaan yang belum pernah aku rasa ataupun belum pernah sesiapa pun di Planet
P rasa ini harus diselidik dengan lebih teliti agar dapat dikecapi nikmatnya
nanti kelak.
“Daddy, so the maksik did not pass her exams last time?”
“She did not pass. Maybe she did not go to school at
all.”
“Ehhhhh,…. I thought semua orang kena pergi sekolah masa
kecik-kecik?”
“Well, kalau that makcik’s Daddy was miskin, the makcik
probably have to tolong him at work and because of that tak boleh pi sekolah.”
“Oooooo,…… so Zack tak payah tolomng Daddy kat ofis? Can
Zack help Daddy kat ofis so that Daddy can make more money?”
“Hahahahahaha,…. no, no, no,….. Zack pergi sekolah so
that Zack can make lots of money nanti bila besar. Biar Daddy worry about
making money now ok?”
“Ok,… tapi,….,” berhenti kata-kata Zack dengan mukanya
yang masih memikir.
“Tapi apa Zack?”
“Zack nak jadi apa ye bila besar? Dulu Zack nak jadi
fireman tapi Zack takut api, so Zack tukar nak jadi Polis. Tapi hari tu Mummy
cakap polis tak boleh dapat banyak duit. Zack rasa Zack nak jadi akauntan macam
Daddy and Mummylah. Ok ke? Macamana Daddy pilih nak jadi akauntan?”
“Hahahah,… Ok, boleh jadi akauntan tapi Zack kena study
rajin-rajin especially matematik and English ye. Dulu masa Daddy kecik-kecik
Daddy ikut Tok pergi sembahyang Jumaat and Daddy Nampak ada kereta Ferrari
merah yang cantik sangat. Ada orang kaya ni lepas sembahyang dia terus masuk
dalam Ferrari merah tu. Daddy tanya Tok sapa orang kaya tu dan macamana dia
boleh jadi kaya? Tok kata nama dia Dato’ Azman Hisyam. Dia owner bank yang
besar, Bank TEGUH atau nama panjangnya Bank Timur Tengah di Semenanjung
Harapan. Kononnya dia dulu akauntan. Sebab tulah Daddy belajar jadi akauntan.”
“Ooooooo……. ”
“Ok jom, dah lambat ni,” ujarku
sambil menekan excelerator menghunus bunyi diesel mengaum macam harimau jantan
menerkam kijang yang lemah menuju ke arah sekolah si Zack sambil menekan play
untuk CD terbaru Black Sabbath berjudul ‘13’ yang baru Syaiful belikan untuk
aku minggu lepas.
* * * * *
* kopihangtuah
| mcmlxxv:viii:xxix |
0 comments:
Post a Comment