22 January 2014

Johan Menulis Apa Yang Mengesankan Dirinya




www.kopihangtuah.blogspot.com






Judul: Nota Kaki
Penulis: Dato' Johan Jaaffar
Genre: Kumpulan Tulisan Pelbagai Aspek
ISBN: 978-967-5875-00-7
Penerbit: Balang Rimbun Sdn Bhd
Tahun: 2010

"Saya menulis kesan dan tanggapan saya terhadap apa yang berlaku waktu itu, apa yang menarik perhatian saya, dan apa yang mengesankan saya... " Dato' Johan Jaaffar 



OHAN (Dato')  bukanlah nama baru di persada sastera negara terutamanya kepada mereka yang celik dengan perkembangan sastera di Malaysia. Beliau bukan sahaja meneraju Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau juga pernah menjadi Ketua Pengarang di akhbar Melayu tempatan yang terulung, Utusan Malaysia. Walaupun akhbar tersebut beraruskan Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris beliau tidak kurang hebatnya. Janganlah sekali-kali mengeja 'Kechewa' atau 'Cherita' kerana beliau akan memperbetulkannya kepada 'Kecewa' atau 'Cerita'. Dan jangan sekali-kali Bahasa Inggeris menggunakan 'Organization' kerana Bahasa Inggeris yang sebetulnya (Bukan dari Amerika Syarikat) menggunakan 'Organisation'. Dengan kewibawaan seorang wartawan dan kreativiti teater yang menjadi darah daging, beliau diberi amanah untuk mengerusi kumpulan syarikat media kreatif yang terbesar negara, Media Prima Berhad. Malah, kejujuran dan sikap prihatin beliau memampatkan lagi fungsi Pengerusi yang disandang untuk pergerakan anti korupsi korporat.

Sememangnya banyak pengalaman yang anak-anak muda boleh pelajari dari beliau. Malah saya juga pernah bekerja dengan Dato' untuk beberapa tahun suatu masa tidak lama dahulu. Ungkapan beliau yang sampai sekarang masih tertera di pojok minda saya sehingga hari ini ialah, "On your way up be nice to everybody.... because you will meet them again,.. on your way down" (Dalam perjalanan menuju kejayaan, berbudilah kepada semua kerana apabila kamu jatuh tersungkur, kamu akan berdepan dengan mereka lagi!). Dato' Johan juga menambahkan lagi keyakinan yang orang yang bernama 'Johan' sememangnya 'Juara' dan 'Jaguh'. Maka tidak hairanlah jika dia merenung ke mata anda sambil berkata, "Never doubt the words that come out from anybody whose name is Johan" (Jangan sangsi jika sesiapa yang bernama Johan berkata-kata). Kepada yang bernama Johan di luar sana, bolehlah anda berbangga-bangga diri.

Mungkin dengan hanya menceritakan perwatakan dan pekerjaan Dato' tidak mencukupi untuk memahami apa yang beliau telah sumbang kepada tanahair. Sewajarnya, buku beliau 'Nota Kaki', kumpulan penulisan beliau semasa di Utusan Malaysia, perlu didalami. Ianya mengadungi penulisan yang merangkumi pelbagai aspek semasa yang kritikal sewaktu penulisannya dibuat. Antara subjek-subjek yang menarik datangnya dari bidang sastera, dunia hiburan, sukan, politik, kebudayaan, ekonomi, sejarah dan juga isu-isu berbangkit lain yang tidak kurang pentingnya seperti hal ehwal bangsa dan agama. Oleh itu, berilah seniman seperti Dato' Johan, suatu kelainan, suatu taraf apresiasi sebagai penyumbang ilmiah di dalam pembangunan tamadun yang bergelar Malaysia. Rangkap-rangkap yang berikut adalah sedikit sebanyak petikan ringkas dari penulisan beliau sebanyak 206 rencana kesemuanya. Tidak semua rencana dipetik. Semoga petikan-petikan ini dapat merangsangkan pembaca blog ini untuk membaca penulisan beliau yang terbuku sebagai 'Nota Kaki'. Terimalah:


TENTANG RONALDO, BULATNYA BOLA DAN GODZILLA. [15 Jun 1998]. Apabila pasukan Brazil, juara bertahan Piala Dunia menentang Scotland di Le Stade de France, Paris, Rabu lalu, sekurang-kurangnya 80 juta manusia di seluruh dunia menonton perlawanan itu. Jumlah ini sebenarnya kecil mengambil kira apabila pesta ini berakhir pada 12 Julai hadapan, lebih 2.6 juta manusia akan menyaksikannya di 10 stadium terpilih di Perancis sementara 37 billion manusia lagi akan menontonnya melalui TV.

SASTERAKU, SIAPAKAH SEBENARNYA PENDUKUNGMU? [29 Jun 1998]. Sekiranya minat terhadap sastera dijadikan ukuran, maka majalah sastera sepatutnya boleh dijual lebih 50,000 naskah sebulan di negara ini.

TRADISI MANGA: ANTARA SAMPAH DAN MINAT MEMBACA. [8 Jun 1998]. Melalui anak-anak, kita mengambil "Doraemon" watak si kucing robot yang digilai di TV dan dalam bentuk komik. Tidak banyak daripada kita yang tahu Doraemon merupakan salah satu cerita kejayaan Manga atau komik Jepun yang luar biasa. Ia bermula sebagai komik bersiri pada tahun 1970 terbitan Shogakkan, salah sebuah penerbit terbesar di Jepun. Komik itu telah dijadikan siri TV pada tahun 1979.

"SENARAI DR. M", KETELUSAN DAN ERA BARU. [22 Jun 1998]. Kelmarin Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan senarai syarikat dan individu yang memperoleh projek-projek penswastaan dan kontrak kerajaan setakat ini. Senarai itu 20 halaman panjangnya dan memuatkan 285 projek. Ia terbahagi kepada dua kategori, 171 yang telah mendapat kelulusan penuh dan 114 yang mendapat kelulusan prinsip.

KELUARBIASAAN YANG BERNAMA INDONESIA. [25 Mei 1998]. Apa yang berlaku di Indonesia seminggu dua ini memperkukuhkan keyakinan banyak orang bahawa Indonesia sesungguhnya unik, luar biasa dan sukar diduga. Tiada siapa yang menduga bahawa Presiden yang telah memerintah lebih 32 tahun akan tumbang di tangan anak-anak sekolah yang kian ini kurang terancang dan bersatu.

"GAWAT EKONOMI MASALAH ORANG KUALA LUMPUR!" [1 Jun 1998]. "Gawat bukan masalah kami," kata Alip Tubing (bukan nama sebanarnya) di kedai kopi Alang Siak. Dia baru saja pulang dari kebunnya. Dua tandan pisang nipah yang di kandarnya dijual dengan harga 40 sen sekilo. Setandan pisang itu tidak kurang 20 kilo. Dua tandan 40 kilo. Pagi itu saja, Alip dapat kurang lebih RM16.

TENGGELAMNYA KAPAL BERNAMA TITANIC. [18 Mei 1998]. Pada tahun 1808 seorang novelis yang baru mencipta nama menghasilkan cerita tentang sebuah kapal mewah yang membelah angkuh Lautan Atlantik. Penulis itu, Morgan Robertson memuatkan kapal rekaannya dengan penumpang-penumpang yang kaya serta mereka yang paling miskin. Kapal itu merempuh air batu terapung pada satu malam bulan April.

VIAGRA, PIL (YANG KHABARNYA) SELAMATKAN LELAKI. [11 Mei 1998]. Berita baik untuk lelaki, er, maksud saya mereka yang mempunyai masalah kelelakian. Pil ajaib sudah tiba. Namanya Viagra, Ingat nama itu, kerana buat masa ini, anda harus menahan nafas, nafsu dan sabra. Pil itu belum sampai ke kedai ubat anda yang terdekat!

SIAPA KATA EVEREST GUNUNG PALING TINGGI? [27 April 1998]. Pada 29 Mei 1953, pendaki New Zealand bernama Edmund Hillary dan seorang Sherpa bernama Norgay Tenzing menjejakkan kaki di puncak Everest. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Malaysia M. Nagapan dan M. Munisamy mencipta rekod kerana menundukkan gunung itu.

TENTANG RAJA, KESESAKAN DAN GADIS-GADIS PATPONG. [23 Mac 1998]. Lupakan sahaja nama sebenar Bangkok. Krungthep-maha-nkorn-boworn-rataa-kosin: Mahindar-ayudhya-amaha-dilok-pop-nopa-rataba rajthani-burirom-udom-rajniwes-mahasatrn-morn-pimarn-awatar-satit-sakittiya-visanukam. Lagipun tiasa siapa yang boleh mengingatnya.

CLINTON DAN TRAVOLTA: SIAPA LEBIH BERKUASA? [9 Mac 1998]. Jangan perkecilkan apa yang boleh dibuat oleh bintang-bintang terkenal seperti John Travolta, Tom Cruise, Courtney Love atau Sharon Stone. Mereka sebenarnya lebih berkuasa daripada Presiden Negara yang paling kuat di dunia, Amerika Syarikat.

LAGI, SUMBANGAN BANGSA YAHUDI DIBUKUKAN. [8 Disember 1997]. Buku The Jewish Contribution to the 20th Century tidak sekadar menyenaraikan 1,000 orang tokoh bangsa Yahudi. Lebih daripada itu ia memperingatkan bahawa dalam pelbagai bidang dan disiplin, terdapat orang Yahudi yang menjadi tokohnya.

ANTARA DIANA, MEDIA DAN SNOW WHITE. [8 September 1997]. Sesungguhnya Diana dalam matinya lebih berpengaruh dari sewaktu hidupnya. Istana Buckingham juga nampaknya harus tunduk pada "Puteri rakyat" itu. Queen Elizabeth terpaksa membuat titah diraja ekoran pengebumian Diana - sesuatu yang pelik dan luar biasa dalam sejarah system beraja Britain yang tebal dengan tradisi dan kaya dengan kesombongan.

SELAIN CANNES, YANG TINGGAL HANYA SUNDANCE? [19 Mei 1997]. Festival filem Cannes di Perancis berusia 50 tahun, tahun ini. Bagaikan manusia separuh usiam ia sepatutnya sudah mulai hilang glamornya. Tapi Cannes tidak pudar-pudar kerana ia sebenarnya pesta bintang-bintang.
 
POL POT, KEMATIANNYA TURUT DIRAGUI. [7 Julai 1997]. Jumlah sebenar tidak penting. Mungkin sejuta, dua juta atau ada yang menyebutkan empat juta orang yang mati di tangan beliau.

TENTANG TANDAS, WARUNG DAN SIKAP KITA. [28 Julai 1997]. Perdana Menteri mempunyai alasan untuk berasa kecewa dengan rakyat Negara ini. Sekalipun kita sudah jauh bergerak dari masyarakat pertanian kepada masyarakat berteknologi tinggi, terdapat beberapa aspek kehidupan yang nampaknya tidak berubah. Zaman telah jauh berbeza. Demikian juga sikap, nilai dan kecanggihan manusianya. Tetapi dalam hal yang melibatkan tandas, warung dan kedai makan sikap lama nampaknya masih berleluasa.
 
DUNIA FESYEN ANTARA GLAMOR, DADAH DAN KEMATIAN. [21 Julai 1997]. Dunia fesyen dikejutkan oleh kematian Gianni Versace, pereka jenama bernama sama, yang terbunuh di Miami, Amerika Syarikat pada pagi Selasa lalu. Gedung dan rekaannya mula bertapak hanya pada tahun 1976 tetapi akibat pendekatan pemasaran, cara memperaga dan iklan serta reka ciptanya, Versace menjadi jenama berprestij yang cepat dikenal dunia.

BOLEHKAH "NENEK TUA" MELAHIRKAN ANAK? [28 April 1997]. Berita seorang wanita berusia 63 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini sudah pasti menarik perhatian. Moral ceritanya ialah. asalkan seseorang wanita itu mempunyai Rahim, dia boleh mengandung. Usia tidak lagi menjadi halangan. Sedangkan selama ini wanita yang berusia 40 tahun diperingatkan tentang "kesulitan" dan "bahaya" yang bakal mereka hadapi.

RUPANYA SUPERMAN "SI PENYELAMAT" BERBANGSA YAHUDI. [23Disenber 1996]. Tahukah anda bahawa Superman, salah satu wabak paling popular dalam kebudayaan popular dunia sebenarnya berbangsa Yahudi? Penciptanya ialah Jerry Siegel dan Joe Shuster yang menampilkan watak penyelamat manusia itu pada tahun 30-an.

APABILA TOLERANSI AGAMA SEMAKIN MENIPIS. [14 April 1997]. Pada Hari Raya Korban tahun lalu, bintang filem yang pernah terkenal kerana tubuh montoknya, Brigite Bardot (atau BB) mengecam umat Islam kerana melakukan penyembelihan ke atas haiwan atas nama agama.

APABILA DR. MAHATHIR SEBAK BERSAJAK. [6 Mei 1996]. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hanya mampu mengucapkan salam. Malah judul sajak "Perjuangan yang belum selesai" yang disebutkannya tidak jelas terdengar kepada ribuan hadirin. Dia sudah mulai sebak. Beliau mengagahkan diri membaca baris pertama sajak itu. "Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat, dari melihat bangsaku dijajah."

MARUAH MELAYU: ANTARA DAKWAT, KERTAS, PENULISAN. [16 Disember 1996]. Seorang pemimpin Melayu, dalam keghairahan membuktikan bahawa orang Melayu sebenarnya bangsa yang buta huruf dan tidak ada tradisi penulisan tergamak berkata bahawa bangsanya hanya mengenal kertas dan dakwat apabila Inggeris bertapak di sini.

SELEPAS BUAYA PUCHONG, SAWA SEGAMAT. [11 September 1995]. Kalaulah tidak kerana kejadian yang menimpa Ee Hen Chuan di Segamat, ular sawa sudah lama tidak menarik perhatian rakyat Malaysia. Dalam kejadian yang luar biasa itu, seekor ular sawa sepanjang hampir 7 meter dijumpai sedang dalam proses menelan penoreh getah malang itu.

TINGGI, LEBIH TINGGI, TERTINGGI. [14 Oktober 1996]. Dua daripada 100 bangunan paling tinggi di dunia hari ini letaknya di Kuala Lumpur. Itu pun kalau kedua-dua Menara Petronas di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dikira dua bangunan berasingan. Dalam buku terbaru Judith Dupree, Skyscrapers, menara tersebut dikira berasingan, tiap satunya 450 meter (1,476 kaki) tinggi, telah mengalahkan Sears Tower di Chicago yang tingginya 443 meter (1,454 kaki).
 
BOM ATOM, HIROSHIMA DAN KEINSAFAN. [7 Ogos 1995]. Semalam, genaplah 50 tahun gugurnya bom atom di Hiroshima. Hari esok, genap pula 50 tahun bom kedua yang digugurkan di kota Nagasaki. Dalam kejadian pertama, bom yang diberi gelaran "Little Boy" yang mempunyai 20,000 tan bahan letupan TNT telah meratakan Hiroshima dan sekali gus membunuh 120,000 orang.

ANTARA ROBOCOP DAN DESPERADO. [24 April 1995]. Lim Kit Siang mungkin tidak pernah menonton filem Robocop. Atau mungkin juga hanya menonton filem yang pertama tetapi terlepas filem Robocop yang kedua dan ketiga.





* kopihangtuah



| mcmlxxv:viii:xxix |

12 January 2014

The Malaysian Sensitivities: Economic Disparity and Religious Respect




www.kopihangtuah.blogspot.com




2012 was good - with our Prime Minister coming up with various efforts surrounding economic transformation and Government transformation. 2013 was bad - as contributed by the Malay split and Chinese tsunami in the General Elections. 2014 will get ugly - when all hell breaks lose as led by the debacle on the use of the word Allah issue.

The mood in our (Malaysians) surroundings have had a wind of change. There have been many reactions to what the Government is doing. There have also been reactions to what the Government is not doing. Either way, confusion creeps in hay-wiring issues between each other. What is religion based has become political and vice versa. Anger is arising. Humility is at its lowest ever to the point of rudeness. This is apparent amongst youngsters particularly in the cyber world. People call names and swear bad words without hesitation. Racial remarks being thrown left, right and centre with no consideration for its consequences. Things are progressing,.... backwards. 2012 was good - with our Prime Minister coming up with various efforts surrounding economic transformation and Government transformation. 2013 was bad - as contributed by the Malay split and Chinese tsunami in the General Elections. 2014 will get ugly - when all hell breaks lose as led by the rising cost of living and the debacle on the use of the word Allah.

We need to take a step back. Work on the breaks and drop the gear. Ski-ing (the hell do you spell this anyway?) down the slope will only build momentum. If left unaddressed, the momentum will be a killer. We don't want to end up like bloody Schumacher do we? There are a few options to consider. None are the best and none are inadequate either. The point is, something needs to be done. It has to start now. In January. Everybody. You, me, her and the mamak at the stall if necessary. We can scream till our lungs produces the highest C minor note,.. It ain't gonna help. You may have voiced your concerns. The Government hears. I presume they will have a plan and expects us to trust them. Assuming they are doing what is required of them, and; assuming that the citizens' well being is fairly guarded as represented by way of their (citizens) votes on who sits in Parliament; the only controllable factor that everyone has is themselves. You. Control yourself (me included). Especially on social media. So what can we do? Each individual can contribute good deeds and collectively it accumulates and synergises into a universal well being - very much like the blue aliens in Avatar doing upper half body dance to channel good vibes to a central core to radiate goodness in life.
 
Our population makes up of many races particularly the top 3 prominent ones, namely Malays, Chinese and Indians. They coexist culturally but they did not progress equally economically. The facts are clear. Bumiputeras only hold 21% of the wealth of the country. That is, of course, heavily contributed by Government Linked Companies (GLC). You exclude them (GLCs) from the equation, it'll be pathetic I am sure. In fact 21% is already pathetic. No doubt it improved since 1975 when the New Economic Policy (NEP) was heavily being implemented but 30-40 years have passed and we are still not at the intended level of, also pathetic, 30%. All the while efforts have been put in to push this but results were not forthcoming. How can a 70% group of the population only owns 21%? 
 
Even with such pathetic condition, the Government still decided to withdraw the 30% quota allowing non-Bumiputeras to own businesses up to the fullest (100%). This is done so that we have a state of 'level playing field'. The field is level yes, but there are only 3 players on one side of the field against 7 players on the other. So, in substance, the field is not level. That 30% was supposed to be the handicap points very much like the game of golf! Well, nevermind that. It has been decided. No more 30%. Now, if the Bumiputeras have sacrificed that 30% for the sake of the minorities who have been waiting for the moment for over 50 years, there needs to be a reciprocal sacrifice.

It is believed that the NEP lack totality in its approach. We only sent Bumiputera kids to study and give jobs and chance to run businesses. All that was flushed down the toilet when they could not survive. Why? Well, almost all industries and businesses in Malaysia has non-Bumiputera control at critical points of its value chain. These 'controllers' remain unfriendly in supporting the spirit of the NEP. Likewise in other job markets, if not in businesses. The Bumiputeras had the opportunity to study and get financing but they did not get the opportunity to progress against barriers to entry set by non-Bumiputeras. I urge everyone to exercise compassion. For the non-Bumiputera 'controllers', please do consider doing business (in the case of employment, to provide opportunity to grow) with Bumiputeras. For Bumiputeras, please, please consider working together with the non-Bumiputeras. As Tun Mahathir puts it, "Malays need the business minds of the Chinese and the professional services of the Indians. Or else, Malaysia cannot develop."
 
Then there is the issue of the use of the word ' Allah'. In many countries Muslims do not get offended with Christians using the word 'Allah' to address their God. Unfortunately in Malaysia, particularly the Peninsula, it is a sensitive matter. There is fear that Christians will use the word to attract young Muslims to convert to Christianity. Such fear creates anger amongst Muslims. Non-Muslims inability to feel this sensitivity makes things worse by inflating the issue to political stage. It is not about religion nor freedom of speech or religion. It is about sensitivity. Muslims in Pakistan do not mind their Christian friends use the word Allah. Are we in Pakistan? No! We are very much still here. We are living in the Peninsula. Muslims do get offended with the matter. Never mind Sabah and Sarawak because they have been using the word 'Allah' since hundreds of years ago due to influences from the Indonesian side. That is an exception.

'Allah' is mentioned in all Muslims' prayers which is stated in the Al-Quran in Arabic and has sacred meanings to the Muslims. Many Muslims in Malaysia believe that it should remain exclusive to them. They say that when they are questioned during Judgement Day on what they have done to protect the religion, at least they can say they have done their part by voicing out dissatisfaction. Never mind whether this is valid or justified from religious, historical, linguistic or sociological technical perspective. The core of the issue is that people are offended. Majority of the people are offended. I am guessing 70% of the citizen (except for Marina Mahathir and her gang that seems to have differing opinion to the mainstream mass Malay). It is this call in their heart that the Muslims are getting the jitters from. No the technicalities, but the heart and the perception that they have been violated. You shake the hornet's nest and the hornets will sting you.... right? When the Muslim Malays gets poked, of course they will poke back. What do you expect?

The Malays are beginning to feel that there is a difference between tolerating minority and being bullied by minority. Religion related matters such as this is deemed by them (Malays) as stepping over the line of tolerance and into bullying - Minority bullying majority instead of popular believe of otherwise. In a listed company the majority respects minority by adhering to reporting requirements and listening to their voices or suggestions via AGM or MSWG. The final decision of approving whatever transactions will be of the majority. So it is not about "minority" rights that we are considering. It is about lighting a fire at a giant matter such as religion of the majority. Minority's rights have always been considered and deliberated by the majority. The biggest example is when the Government withdrew 30% equity quota requirement allowing Non-Bumiputeras to own more than 70%. Why that matter gets no praise? 

It seems that the minority is 'taking over' what the significance of the word 'majority' should have. Looks like the majority is the minority in this country. They (Malays) have always been economically minority anyway. Now they (Non-Muslims) want to strip them (Muslims-Malays) off their majority comfort over religious matters? No wonder 70% of the population is not at ease. It is a dangerous situation. A giant waiting to be awaken. Once awaken, it can get ugly. Why wake the giant? Let it be. This needs to be assessed from bird eye view considering all points above. To achieve harmony not all battles should be won. Some battles should be lost for greater good. Malays gave up 30% but do not expect them to give up 'Allah'. Even the 30% took them over 30 years to finally let go; let alone matters of faith. We need to ponder. This is the heart talking. It should not affect friendship between Muslims and Non-Muslims....... I hope. We just have to learn to tolerate and address sensitivities.
 
So, good God help us all, lest we forget we are tiny in this universe.



* kopihangtuah




| mcmlxxv:viii:xxix |

There was an error in this gadget